Selamat petang... dan sebagainya.. Alhamdullilah, kali ini Amra memulakan blog baru Amra... Walaupun banyak benda yang Amra nak dikongsikan Amra akan cuba untuk mengisi ruangan blog Amra dengan pelbagai rintihan hidup Amra sendiri dan keluarga Amra..
Oh ya.. Berbalik kepada tajuk diatas.. AZAM BARU..
Wah.. Dengar macam seronok dengan perkataan azam baru.. Haaaa kalau nak tahu azam Amra ialah kalau Amra dapat tawaran belajar ke mana-mana Universiti, Insya Allah Amra akan cuba mencapai tahap gred yang paling dikehendaki oleh pihak tertentu.. Walaupun banyak main-main masa FORM6 di SMKJJ.. Alhamdulillah pencapaian masih dalam gengaman..
Selain itu, Amra akan mula bekerja sambil menunggu keputusan STPM Amra keluar.. Gaji yang diterima Insya Allah, Amra simpan sedikit demi masa depan Amra.. Hehe.. Tak kan laa asyik nak menngaharap parents semua tanggung kos pembelajaran Amra sorang... Masih ada lagi adik-adik lain bawah Amra :)
Dan lagi satu, Insya Allah kalau hubungan Amra dengan si dia berkekalan dengan baik, kami akan cuba meneruskan langkah selepas mengenali antara satu sama lain.. Insya Allah...
Ok laaa... Azam Amra tak laa banyak seperti anda.. Cukup laa sekadar ini pun kalau Amra dapat penuhi.. AMIN~
*minta-minta laaaaa semuanya menjadi.. :)
Wassalam~
4:42 p.m