Tuesday, May 20, 2014

Setahun Lamanya

Assalamualaikum...

Apa khabar semua??

Maaf ya selama setahun Amra menghilangkan diri dari dunia BLOGGER.. Tapi kini Amra akan kembali aktif mencoretkan post-post yang Amra akan kongsikan bersama rakan BLOGGER Amra..

SETAHUN menghilang??? Mana perginya kamu ni Amra??

Hahaha... Sebenarnya Amra hilangkan diri disebabkan masalah teknikal PC Amra tak boleh nak buka Passwords... Alahai tu yang menghilang selama setahun.. Dan PC ni Amra simpan dan ada niat nak pi hantar dekat kedai.. Tapi disebabkan masa yang ada tak mencukupi dan tak tahu pula mana nak hantar PC ni bela.. Alahai saboo jela..

So, PC ni pun dah ok Amra boleh start balik dunia penulisan BLOGGER ni.. Huhuhu rindu nak coretkan cerita Amra.. Hari ni Amra dapat panggilan dari SMS COMPUTERS dari shop membaiki PC yang mengatakan PC Amra sudah ok dan boleh ambil... Haa apa lagi laju laa pi mengambilnya dengan bantuan seorang rakan yang dikenali Abang Hadi.. Dia yang bantu Amra hantar PC Amra kat sana.. Terima kasih ya Abang.. Huhuhuhu

Seronok dah ada PC sendiri.. Yeaaa  :') boleh o9 berjam-jam... Hehehehe..

Oklah sampai di sini sahaja coretan Amra..Nanti coretan seterusnya tentang kisah Amra dan rakan-rakan episod seterusnya... 

Wahuallam..

Assalamualaikum...

HOMETOWN,IPOH
3.20 P.M

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, April 29, 2013

MENCARI KEBAHAGIAAN.....

Assalamualaikum semua...

Ahaa lama sudah tak update blog ni.. Maaf Amra selalu sibuk dengan ativiti Amra.. Huh.. Sabar je la..

Ok larh berbalik dengan tajuk utama yang dipaparkan diatas iaitu "MENCARI KEBAHAGIAAN"

Apa yang dimaksudkan "MENCARI KEBAHAGIAAN" tu ya??

OK, bagi pendapat Amra la kan.. "MENCARI" tu membawa  maksud sesuatu benda atau harta yang paling disayangi atau diperlukan untuk kegunaan diri.. Manakala "KEBAHAGIAAN" pula membawa maksud sesuatu perkara yang memberi kegembiraan dari segi perasaan,kerjaya, dan sebagainya....

Setiap kebahagiaan seseorang berlainan caranya.. Ada yang mendapat kebahagiaan melalui perkahwinan,bisnes keluarga dan sebagainya. Perjanjian kebahagiaan boleh merungkai kata melalui kata-kata yang mendalam dan luahan kata yang ikhlas dari diri seseorang..

Contohnya, saya memperolehi kebahagiaan melalui seseorang yang mula memahami diri saya.. Bukan saya maksudkan hanya seorang yang special saja yang boleh memberi kebahagiaan kepada saya.. Keluarga saya juga beri kebahagiaan saya.. Saya lebih cenderung bersama keluarga walaupun diri sudah mempunyai seseorang yang mula ingin memberi kebahagiaan kepada saya.. Saya lebih rapat dengan keluarga dan selalu memperoleh kebagiaan dengan cara saling memahami antara satu sama lain.. Kami akan cuba berkerjasama dan saling tolong menolong dan bila mencapai hasilnya, kami akan gembira dan mula gembira dan .bermula dari situ dapat kebahagiaan.. Dengan itu, bukan sahaja dengan seseorang yang special sahaja baru ita nak peroleh kebahagiaan.. Ingat tu ya kawan-kawan..

Walau bagaimanapun, bukan semua akan mudah mencari kebahagiaan... Ada yang mudah dapat dan ada yang tak mudah mendapat kebahagiaan.. Mungkin juga kebahagiaan yang belum dapat tu ada hikmahnya pada akhirnya kisah cerita seseorang... Mungkin juga seseorang tu akan dapat kebahagiaan melalui  alam perkahwinan... Ingat bukan semua yang boleh mencari kebahagiaannya..

Berdoalah.. Kemungkinan kebahagiaan yang dapat adakalanya akan berlalu seperti angin... Maka hargailah kebahagiaan yang ada... Bukan semua kebahagiaan akan tercapai dengan mudahnya.. 

OK sampai di sini warakah Amra kali ini... Moga terhibur walaupun simple aja ayat yang digunakan.. Sayang anda semua.. Jadilah insan yang berguna.. 

Wasalam..
8.20 pm
~KFC BATU GAJAH,PERAK~




Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, January 7, 2013

EPISODE 2 : KASIH KEMBALI BERTAUP


TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISODE 2

Pemandangan sekitar  Taman Tasik Shah Alam kelihatan sunyi di pagi hari kerana kedatangan bergelar manusia masih belum kelihatan. Tidak lama kemudian, tiba sebuah kereta hitam BMW yang dipandu oleh seorang lelaki. Keretanya dibehentikan pada satu sudut pohon yang rendang.Rafi keluar dari kereta. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kakinya ke taman tasik tersebut. Rasa damai dalam ciptaan Tuhan mula menguasai dalam dirinya. Teringat kembali apabila bapanya selalu membawa dia ke taman tasik itu pada masa kecilnya.

“Rafi ! Mari sini nak. Tak usah main dekat air tasik tu. Nanti jatuh nak. Penat dah babah ni kejar kamu  merata-rata. Kesianlah babah ni nak,” ujar Tan Sri Khalil.

“Babah ! Sini babah ! Rafi nampak ikan besarlah babah. Babah cepatlah sini !”, Rafi menjerit dari jauh.

“Ya-ya babah datang ni. Tak mau dekat sangat kat gigi air tu. Bahaya nak !”, ujar Tan Sri Khalil lagi.

Kemudian kedengaran jeritan kuat dari suara anak kecil. Kelihatan sebelah kaki Rafi telah masuk ke dalam gigi air tasik tersebut.

“Haaaa... Kan babah dah cakap tak mau dekat sangat jair tasik tu. Tengokkan dah masuk kaki dalam gigi air. Degil sangat cakap babah ni. Habis kotor kasut kamu.”, Tan Sri Khalil mengeluh panjang.

“Babah, tolonglah babah angkat Rafi”, kedengaran tangisan Rafi bermula.

Rafi tersenyum sendirian. Kisah kanak-kanaknya sudah ditelan zaman kerana persekitaran taman tasik tersebut sudah banyak berubah. Kemudian dia memulakan perjalanan asalnya untuk melakukan aktiviti riadah. Dia mulakan langkah untuk memanaskan badan terlebih dahulu.

Tiba-tiba matanya mula memfokuskan satu tubuh yang sangat dia kenali. Ingatannya mula berputar kembali untuk mengingatkan tubuh tuan badan tersebut. Dengan tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang.

“Lela !”, hati Rafi mula menjerit.

Rafi mula merindui Lela. Kekasih hati yang dia tinggalkan 4 tahun yang lalu.

**************

Di kampus USM, Lela dan Ayu kecoh berbicara tentang rakaman yang mereka perlu lakukan untuk penghabisan projek terakhir mereka. Masing-masing ligat memikirkan idea yang ingin dipersembahkan dalam rakaman mereka tersebut.

“Haaaaa.. Beb aku dah dapat idea untuk rakaman kita ni. Apa kata kalau kita gandingkan rakaman lakonan dan lagu ciptaan kita sendiri?”, Ayu mula mendapat idea peliknya.

“Idea kau  ni macam tak kena la dengan kita punya tajuk la weh. Haishh... Pening aku dengan idea kau ni.”, ujar Lela sambil menggeleng kepala.

“Alah apa susah. Tulis lirik lagu,mainkan lagu dan kita pun buat la rakaman lagu tu. Apa susah. Rilex la beb, aku ada cara macam mana nak cari kod-kod lagu yang best. Hihihi..”, kedengaran ketawa kecil Ayu.

“Kau ni memang selengga betul. Ikut suka kau la nak buat pa. Aku ikut hang ja”, loghat Lela mula kedengaran.

23 NOVEMBER 2012
Hari ni aku berada di kampus bersama temanku untuk mencari idea menulis lagu sendiri. Perkara gila pertama kali aku kena buat. But the way get smile and thinking positive. Hahaha..






Ayu Marselyna mula tersengih. Akhirnya idea dia mula diterima oleh Lela Sarah. Lela Sarah hanya mampu menggeleng dengan gelagat rakan baiknya. Ayu Marselyna sudah mula mengambil kertas putih dan mula mencoretkan tulisan dan kod lagunya dalam kertas putih. Lela Sarah pula menumpukan perhatian dalam diarinya. Dia juga mula mencoretkan sesuatu dalam diarinya.                                                                                                                    





Lela Sarah menutup diarinya selepas selesai menulis. Kemudian barulah dia sedar yang Ayu Marselyna sudah ketiduran. Lela Sarah mula ketawa kecil.

“Oiiiii Ayu ! Bangun la. Jom kita balik. Kesian aku tengok kau dah tidur kat sini. Hihihi”, Lela ketawa lagi.

“Ermmm.. Ya aku bangun ni. Hurm mengantok betul aku kat sini. Haishhh”, Ayu menggaru-garu kepalanya.

Kemudian kedua-dua sahabat ini mula bergerak menuju ke tapak letak kereta dan pulang kerumah sewa mereka. Begitulah hidup seharian mereka yang penuh gelak tawa dan suka duka berkongsi bersama.

BERSAMBUNG......

Moga terhibur dengan kisah yang seterusnya...  :)


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Sunday, December 30, 2012

EPISOD 1 : KASIH BERTAUP KEMBALI


TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISOD 1

“ Cukup sampai disini sahaja hubungan kita ”, Rafi memulakan bicaranya.

“ Kenapa harus putuskan hubungan kita ? Apakah saya ada melakukan kesalahan terhadap awak ?”, air mata Lela sudah mula bergenang pada kelopak mata.

Rafi bungkam dan mula menarik nafas untuk meneruskan kata. Sebelum dia hendak meneruskan kata, dia harus mencari kata-kata yang sesuai untuk menerangkan keadaan dirinya yang tidak sanggup untuk meneruskan perhubungannya dengan Lela.

“ Lela dengar sini baik-baik. Awak memang tiada buat kesalahan. Tetapi keadaan memaksa saya untuk memutuskan perhubungan kita. Untuk pengetahuan awak, saya terpaksa untuk tinggalkan negara ini dalam 3 hari lagi. Oleh itu, saya harap awak memahami keadaan saya”, terang Rafi dengan panjang lebar.

“ Takkan disebabkan tinggalkan negara ini awak sampai nak putuskan hubungan kita. Sampai hati awak buat saya macam ni !” Lela mula meninggikan suara.

Rafi diam dan mula ligat mencari idea. Dia mula teringat akan surat tawarannya ke luar negara. Mungkin itu sahaja yang boleh dia gunakan untuk memberi alasan kepada Lela.

“ Lela, awak kena faham. Saya kena putuskan hubungan ini juga. Saya tak mahu awak nanti menyesal kerana saya akan sambung pelajaran ke luar negara dan saya takut tak dapat nak layan awak macam dulu kala. Maafkan saya sebab tidak  beritahu awal-awal lagi”, ujar Rafi sambil menari nafas.

Air mata Lela mula jatuh ke pipi.
***********

“Oit ! Cepat la  Ayu. Kita dah lambat ni. Kau ni selalu lambat bangun lewat. Tu la lambat tidur lagi. Kan dah lambat bangun. Cepat la siap Ayu oiiiiii !” pekik Lela.

Ayu kelam kabut bersiap-siap sambil itu sempat lagi menyanyi riang. Lela naik geram lalu membaling bantal ke arah Ayu. Kemudian, masing-masing gelak riang. Begitu la hidup mereka sebagai pelajar USM selama hampir tiga tahun. Dan tahun itu adalah tahun terakhir mereka bersama-sama dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pelajar universiti. Ayu Marselyna Aziz kawan kepada Lela Sarah yang memang sukakan keseronokkan yang berpanjangan dan suka buat perkara yang tanpa diduga. Manakala Lela Sarah pula suka bertindak sesuatu dengan emosional, tetapi jika kemarahannya sudah naik ketahap yang tidak dapat ditahannya habis keluar segala kata-kata yang menyakitkan hati.

“Ayu ! Dah siap ke belum? Aku tunggu kat kereta ya. Kalau lambat aku tinggal kau. Hahaha...”, kedengaran ketawa besar Lela mula menakutkan Ayu.

“Kejap la beb ! Huh sabar la ye pun. Teman ni betul tudung jap !” Ayu menjerit dari dalam rumah.

Lela menyeringai gembira kerana dapat menakutkan rakan karibnya. Teringat dia dulu ketika bertegur sapa dengan Ayu. Sikit punya baik respons yang Ayu bagi kepadanya.

“Assalamualaikum. Saya Ayu Marselyna Aziz. Nama awak apa? Tinggal kat mana? Dengan siapa? Ada nombor handphone? Apa nombornya? Eh tersasul lak. Errrrr”,sambil tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal.

Lela tersenyum dengan gelagat Ayu. Ayu juga tersenyum. Lela hulurkan tangannya untuk menunjukkan perkenalannya dengan Ayu.

“Waalaikumusalam. Saya Lela Sarah. Saya tinggal di Shah Alam. Tinggal bersama keluarga tercinta. Oh, nombor telefon nanti saya bagi ya”, giliran Lela pula tersengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Akhirnya kedua-duanya ketawa dengan perlakuan masing-masing.
 Lela tersenyum seorang diri dalam kereta kepunyaannya. Pintu kereta sebelah dibuka oleh Ayu.

“Aiii, apahal tersengih seorang diri tu? Ingat kat abang ke? Hihihi...”, Ayu mengusik Lela.

“Mana ada la. Hah dah siap eh. Ok cepat pakai tali pinggang keledar. Kita bertolak sekarang”, ujar Lela dengan selamba.

Kereta mula meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka. Keadaan dalam kereta senyap kerana kedua-duanya menumpukan perhatian dalam perjalanan ke tempat belajar.

“Lela.. Agak-agak kaukan siapa yang akan gantikan profeser Nadya ya?”, Ayu memulakan bicara.

“Mana la aku  tau  siapa. Aku bukan ahli nujum la nak teka-teka. Lagipun  aku tak kesah siapa yang akan ganti tempat profeser kita tu. Janji kita ada kelas dapat nota dan tugasan itu pun dah cukup baik bagi aku. Yang kau duk sibuk-sibuk nak peningkan kepala tu kenapa? Rilex sudah.. Okay?”, ujar Lela. 
Pemanduannya sikit terganggu dengan deringan telefon bimbitnya.

Ayu mula membebel seorang diri. Lela hanya tersenyum dan mula mencari earphone untuk menyambung talian ke telinganya.

“Assalamualaikum. Ye Lela ni...............”, Lela mula menutur kata dengan si pemanggil.

Kereta Lela terus meluncur hingga sampai ke destinasi mereka.

BERSAMBUNG........


Permulaan cerpen utama.. Moga terhibur dan nantikan episod yang seterusnya...

:)

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Welcome to 2013 !

Assalamualaikum... warga blogger..

Errrr dah lama rasanya tak update blog nih..

Al-maklum la busy dengan kerja sejak kebelakangan nih.. Haishh penat dibuatnya..

Ahaa berbalik kepada tajuk utama.. 

WELCOME TO 2013 !

HAHAHAHA.. Macam tak percaya dah esok dah masuk tahun 2013.. Maka berakhirnya zaman 2012 yang penuh sejarah silam yang memeritkan.. Ada yang indah dan ada yang menyedihkan.. Adatlah hidup kita sebagai manusia..

Oh ya untuk pengetahuan semua, In shaa Allah.. Amra akan cuba hasilkan cerpen simple dan boleh juga dikatakan ringkasan tentang erti hidup seorang gadis dalam mengharungi kisah cintanya yang kembali bertaup selepas lamanya putus ditengah jalan.. Nantikan cerpen Amra akan datang  :)

Moga kali ini tahun yang baru Amra dapat jalani hidup dengan lebih dari sebelumnya.. In shaa Allah..

Sekian....

Wasaalam
1.57 pm

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Thursday, October 18, 2012

Yang Sudah Tu Sudah Larh..

Assalamualaikum all lovely bloggers..

Ahaa.. Yang Sudah Tu Sudah Larh.. Ehh Apa kena mengena lak tu Amra oiii??

Hurm.. Amra sekarang rasa rungsing sebab kekadang teringat kisah lama.. Bila difikirkan balik kenapalah aku ni bodoh sangat buat perkara yang tak sepatutnya dibuat.. Buat orang yang menyayangi diri Amra sakit dan terus Amra musnahkan hatinya..

Sedih.. Kecewa.. Marah.. Masih belenggu dalam diri Amra.. Luaran kadang kala nampak ceria.. Tapi dalam hati saja yang rasa betapa sakitnya hati dan kepiluan yang bertandang dalam hati.. Hati yang berkecai sedikit demi sedikit di ubat dengan kehidupan yang baru..

Dugaan yang menimpa diri silih berganti.. Ada yang berat dan ada yang ringan.. Kehidupan sekarang seakan kain putih yang tiada corak mula diisi dengan dakwat pena yang tajam hujungnya.. Keceriaan hati mula diisi dengan insan yang baru mengenali hati budi.. Apa yang Amra luahkan bukan untuk mengata kepada sesiapa.. Tapi sekadar luahan hati Amra dalam blog ni.. Amra tak pandai nak cerita kepada orang lain.. Hanya taipan kata-kata dalam blog ini Amra luahkan..

Maafkan Amra andai Amra ada tersalah bahasa atau apa-apa jua.. Cukup larh apa yang Amra rasa dulu.. Amra nak seseorang yang betul-betul memahami diri ini.. Amra dah penat untuk menjadi seorang yang benar-benar setia.. Tapi dalam masa yang sama ia masih tidak memahami diri ini.. Maafkan Amra.. Tak sanggup rasanya untuk meneruskan kepuraan yang ada dalam diri jika terus menipu diri sendiri.. 

Amra hanya insan biasa.. Kenangan yang sudah buat Amra hati-hati dalam menjalin perhubungan.. Tidak kiralah siapa pun dia.. Kena juga berhati-hati dalam mengenali hati budinya.. Amra juga dah tak kesah andai satu hari Amra tidak kahwin atau bertemu jodoh yang sesuai.. Janji adik-adik Amra lepas segalanya.. Amra biar keseorang pun tak kesah.. Adik-adik paling Amra utamakan..

Kalau boleh tak nak parents Amra susah lagi.. Tapi apakan daya.. Amra masih tak mampu lagi untuk menegakkan kemampuan untuk membantu mereka.. Insya Allahh dalam 5 tahun akan datang atau seterusnya.. Amra akan dapat bantu mereka.. AMIN~

Ok larh sampai disini sahaja warakah Amra.. Hope tak ada yang terasa apa yang Amra sampaikan.. 

Yang lalu jangan dikenang..
Yang sekarang harus berjuang !

Wahuallam..

20:31 PM


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Friday, October 12, 2012

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

Assalamualaikum all of u..

Alhamdulllilah.. Semalam Amra baru je selesai jalani...

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

competition kfc challengence !

Hahaha.. Pertandingan ni berlangsung kat KFC IPOH GARDEN.. Fuhh banyak persaingan kot dengan KFC lain.. SEASON 1 KFC SILIBIN the WINNER..

So of coz, they want to confiscate back plaque from Store Silibin..

Humaagggaaaaiiihhhh.. Rasa tercabar juga r.. Lagi-lagi dengan Store TESCO, AEON, BATU GAJAH, IPOH GARDEN, TRONOH.. yang lain lupe.. Lagi 2 store.. hahaha..

errrr.. cuak juga dengan cara deme ambil customer.. Ade style.. Aku je gaya aku sendiri.. Tak ikut gaya mereka letak tangan kat atas dada.. FREEMANSON tuh ! grrrr..

Style kasar aku tetap ada lam competition tu.. Bahaha.. Asalkan ambil customer rite.. Yang lain lembut je dan bersemangat pada permulaan dan seterusnya makin perlahan.. Tanda nya dah letih.. Aku sendiri pun jadi berpeluh masa competition tu.. fuhhh lain cara kalau tengok dengan main..

Time at sana aku ditemani dengan manager aku sendiri, Kak Amy n someone special.. Kuiii2 bagi semangat... Hahaha thanx ur all.. But the way.. 30 October 2012 is final competition with manager Vs manager.. Errr time ni boleh buat aku cuak je.. Dah rrrr manager aku nie banyak main.. Memang aku nak push dia nanti.. Gggrrr hope plaque tu jadi penganggan kami !

Insya Allah ...

Doakan kami menang !

jyeahhhh ! WHOA ! 

mood: afraid n disspointed if failed to be winners.. 

Wassalam~
12.53 PM



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^