Sunday, December 30, 2012

EPISOD 1 : KASIH BERTAUP KEMBALI


TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISOD 1

“ Cukup sampai disini sahaja hubungan kita ”, Rafi memulakan bicaranya.

“ Kenapa harus putuskan hubungan kita ? Apakah saya ada melakukan kesalahan terhadap awak ?”, air mata Lela sudah mula bergenang pada kelopak mata.

Rafi bungkam dan mula menarik nafas untuk meneruskan kata. Sebelum dia hendak meneruskan kata, dia harus mencari kata-kata yang sesuai untuk menerangkan keadaan dirinya yang tidak sanggup untuk meneruskan perhubungannya dengan Lela.

“ Lela dengar sini baik-baik. Awak memang tiada buat kesalahan. Tetapi keadaan memaksa saya untuk memutuskan perhubungan kita. Untuk pengetahuan awak, saya terpaksa untuk tinggalkan negara ini dalam 3 hari lagi. Oleh itu, saya harap awak memahami keadaan saya”, terang Rafi dengan panjang lebar.

“ Takkan disebabkan tinggalkan negara ini awak sampai nak putuskan hubungan kita. Sampai hati awak buat saya macam ni !” Lela mula meninggikan suara.

Rafi diam dan mula ligat mencari idea. Dia mula teringat akan surat tawarannya ke luar negara. Mungkin itu sahaja yang boleh dia gunakan untuk memberi alasan kepada Lela.

“ Lela, awak kena faham. Saya kena putuskan hubungan ini juga. Saya tak mahu awak nanti menyesal kerana saya akan sambung pelajaran ke luar negara dan saya takut tak dapat nak layan awak macam dulu kala. Maafkan saya sebab tidak  beritahu awal-awal lagi”, ujar Rafi sambil menari nafas.

Air mata Lela mula jatuh ke pipi.
***********

“Oit ! Cepat la  Ayu. Kita dah lambat ni. Kau ni selalu lambat bangun lewat. Tu la lambat tidur lagi. Kan dah lambat bangun. Cepat la siap Ayu oiiiiii !” pekik Lela.

Ayu kelam kabut bersiap-siap sambil itu sempat lagi menyanyi riang. Lela naik geram lalu membaling bantal ke arah Ayu. Kemudian, masing-masing gelak riang. Begitu la hidup mereka sebagai pelajar USM selama hampir tiga tahun. Dan tahun itu adalah tahun terakhir mereka bersama-sama dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pelajar universiti. Ayu Marselyna Aziz kawan kepada Lela Sarah yang memang sukakan keseronokkan yang berpanjangan dan suka buat perkara yang tanpa diduga. Manakala Lela Sarah pula suka bertindak sesuatu dengan emosional, tetapi jika kemarahannya sudah naik ketahap yang tidak dapat ditahannya habis keluar segala kata-kata yang menyakitkan hati.

“Ayu ! Dah siap ke belum? Aku tunggu kat kereta ya. Kalau lambat aku tinggal kau. Hahaha...”, kedengaran ketawa besar Lela mula menakutkan Ayu.

“Kejap la beb ! Huh sabar la ye pun. Teman ni betul tudung jap !” Ayu menjerit dari dalam rumah.

Lela menyeringai gembira kerana dapat menakutkan rakan karibnya. Teringat dia dulu ketika bertegur sapa dengan Ayu. Sikit punya baik respons yang Ayu bagi kepadanya.

“Assalamualaikum. Saya Ayu Marselyna Aziz. Nama awak apa? Tinggal kat mana? Dengan siapa? Ada nombor handphone? Apa nombornya? Eh tersasul lak. Errrrr”,sambil tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal.

Lela tersenyum dengan gelagat Ayu. Ayu juga tersenyum. Lela hulurkan tangannya untuk menunjukkan perkenalannya dengan Ayu.

“Waalaikumusalam. Saya Lela Sarah. Saya tinggal di Shah Alam. Tinggal bersama keluarga tercinta. Oh, nombor telefon nanti saya bagi ya”, giliran Lela pula tersengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Akhirnya kedua-duanya ketawa dengan perlakuan masing-masing.
 Lela tersenyum seorang diri dalam kereta kepunyaannya. Pintu kereta sebelah dibuka oleh Ayu.

“Aiii, apahal tersengih seorang diri tu? Ingat kat abang ke? Hihihi...”, Ayu mengusik Lela.

“Mana ada la. Hah dah siap eh. Ok cepat pakai tali pinggang keledar. Kita bertolak sekarang”, ujar Lela dengan selamba.

Kereta mula meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka. Keadaan dalam kereta senyap kerana kedua-duanya menumpukan perhatian dalam perjalanan ke tempat belajar.

“Lela.. Agak-agak kaukan siapa yang akan gantikan profeser Nadya ya?”, Ayu memulakan bicara.

“Mana la aku  tau  siapa. Aku bukan ahli nujum la nak teka-teka. Lagipun  aku tak kesah siapa yang akan ganti tempat profeser kita tu. Janji kita ada kelas dapat nota dan tugasan itu pun dah cukup baik bagi aku. Yang kau duk sibuk-sibuk nak peningkan kepala tu kenapa? Rilex sudah.. Okay?”, ujar Lela. 
Pemanduannya sikit terganggu dengan deringan telefon bimbitnya.

Ayu mula membebel seorang diri. Lela hanya tersenyum dan mula mencari earphone untuk menyambung talian ke telinganya.

“Assalamualaikum. Ye Lela ni...............”, Lela mula menutur kata dengan si pemanggil.

Kereta Lela terus meluncur hingga sampai ke destinasi mereka.

BERSAMBUNG........


Permulaan cerpen utama.. Moga terhibur dan nantikan episod yang seterusnya...

:)

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

No comments:

Post a Comment