TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISODE
2
Pemandangan sekitar Taman Tasik Shah Alam kelihatan sunyi di pagi
hari kerana kedatangan bergelar manusia masih belum kelihatan. Tidak lama
kemudian, tiba sebuah kereta hitam BMW yang dipandu oleh seorang lelaki.
Keretanya dibehentikan pada satu sudut pohon yang rendang.Rafi keluar dari kereta. Sudah lama
rasanya dia tidak menjejakkan kakinya ke taman tasik tersebut. Rasa damai dalam
ciptaan Tuhan mula menguasai dalam dirinya. Teringat kembali apabila bapanya
selalu membawa dia ke taman tasik itu pada masa kecilnya.
“Rafi
! Mari sini nak. Tak usah main dekat air tasik tu. Nanti jatuh nak. Penat dah
babah ni kejar
kamu merata-rata. Kesianlah babah ni
nak,” ujar Tan Sri Khalil.
“Babah
! Sini babah ! Rafi nampak ikan besarlah babah. Babah cepatlah sini !”,
Rafi menjerit dari jauh.
“Ya-ya
babah datang ni. Tak mau dekat sangat kat gigi air tu. Bahaya nak !”, ujar
Tan Sri Khalil lagi.
Kemudian kedengaran jeritan kuat dari suara anak
kecil. Kelihatan sebelah kaki Rafi telah masuk ke dalam gigi air tasik
tersebut.
“Haaaa...
Kan babah dah cakap tak mau dekat sangat jair tasik tu. Tengokkan dah masuk
kaki dalam gigi air. Degil sangat cakap babah ni. Habis kotor kasut kamu.”,
Tan Sri Khalil mengeluh panjang.
“Babah,
tolonglah babah angkat Rafi”, kedengaran tangisan
Rafi bermula.
Rafi tersenyum sendirian. Kisah kanak-kanaknya sudah
ditelan zaman kerana persekitaran taman tasik tersebut sudah banyak berubah.
Kemudian dia memulakan perjalanan asalnya untuk melakukan aktiviti riadah. Dia
mulakan langkah untuk memanaskan badan terlebih dahulu.
Tiba-tiba matanya mula memfokuskan satu tubuh yang
sangat dia kenali. Ingatannya mula berputar kembali untuk mengingatkan tubuh tuan
badan tersebut. Dengan tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang.
“Lela !”, hati Rafi mula menjerit.
Rafi mula merindui
Lela. Kekasih hati yang dia tinggalkan 4 tahun yang lalu.
**************
Di kampus USM, Lela dan Ayu kecoh berbicara tentang
rakaman yang mereka perlu lakukan untuk penghabisan projek terakhir mereka.
Masing-masing ligat memikirkan idea yang ingin dipersembahkan dalam rakaman
mereka tersebut.
“Haaaaa.. Beb aku dah dapat idea untuk rakaman kita
ni. Apa kata kalau kita gandingkan rakaman lakonan dan lagu ciptaan kita
sendiri?”, Ayu mula mendapat idea peliknya.
“Idea kau ni
macam tak kena la dengan kita punya tajuk la weh. Haishh... Pening aku dengan
idea kau ni.”, ujar Lela sambil menggeleng kepala.
“Alah apa susah. Tulis lirik lagu,mainkan lagu dan
kita pun buat la rakaman lagu tu. Apa susah. Rilex la beb, aku ada cara macam mana nak cari kod-kod lagu yang best. Hihihi..”, kedengaran ketawa kecil
Ayu.
“Kau ni memang selengga betul. Ikut suka kau la nak
buat pa. Aku ikut hang ja”, loghat Lela mula kedengaran.
23
NOVEMBER 2012
Hari ni aku berada di kampus bersama
temanku untuk mencari idea menulis lagu sendiri. Perkara gila pertama kali
aku kena buat. But the way get smile
and thinking positive. Hahaha..
|
Lela Sarah menutup diarinya selepas selesai menulis.
Kemudian barulah dia sedar yang Ayu Marselyna sudah ketiduran. Lela Sarah mula
ketawa kecil.
“Oiiiii Ayu ! Bangun la. Jom kita balik. Kesian aku
tengok kau dah tidur kat sini. Hihihi”, Lela ketawa lagi.
“Ermmm.. Ya aku bangun ni. Hurm mengantok betul aku
kat sini. Haishhh”, Ayu menggaru-garu kepalanya.
Kemudian kedua-dua sahabat ini mula bergerak menuju
ke tapak letak kereta dan pulang kerumah sewa mereka. Begitulah hidup seharian
mereka yang penuh gelak tawa dan suka duka berkongsi bersama.
BERSAMBUNG......
Moga terhibur dengan kisah yang seterusnya... :)
No comments:
Post a Comment