Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Ahahahaha...Entri kali ini mungkin melalut sikit.. Apa yang melalut tu?? Ce cerita sikit..
Ok.. Amra akan kongsikan cerita Amra walaupun Amra sendiri tak tahu sempurna atau tidak cerita Amra ni..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun Oktober 1992an, Lan (bapaku) dan Ana (ibuku) telah mendapat anak perempuan yang comel dan kecil seperti anak burung kemerah merahan.. Itulah aku yang di berikan nama yang cukup indah bagi kedua-dua orang tuaku..
"NUR HAMRAA' BINTI MOHAMMAD MAZLAND"
Yang membawa maksud cahaya kemerah merahan.. Nama itu dipilih oleh bapaku sendiri.. Setelah aku berusia 3 bulan, ibuku mengandung kembali dan ternyata aku akan mendapat adik tak lama lagi.. wahhh masih bayi lagi memang tak tahu apa-apa..Hahaha.. Sehingga larh adik lelakiku lahir pada pada Oktober 1993,aku baru hendak mencapai usia setahun..
Hidup kami sekeluarga cukup indah walaupun ada juga serba kekurangan.. Opahku belah ibu banyak membantu ibuku menjaga aku dan adik lelaki selepas kelahiran adikku yang ketiga pada Febuari 1995.. Keluarga kami bertambah lagi.. Masa kecil aku dan adik lelakiku memang buas dan nakal.. Ada je kami berdua akan buat sampaikan ibuku mengamuk marah.. Hahaha.. Selepas kena mara opah akan datang memujuk kami berdua.. Rindu dengan pujukan opah..
Pada tahun 2000,lahirlah adikku yang bongsu..Ehh besarnya dia.. Aku masa tu baru darjah 2.. Masih blurr tak tahu apa-apa.. Lihat adik bongsu lagi besar dari budak-budak lain rasa lawak pun ada.. Hehehe.. Sampai larh adikku ini dibawa ke rumah dan dijaga rapi oleh kedua orang tuaku..
Bermula nya dari kehadiran keluarga kami sentiasa diasak dengan pelbagai dugaan.. Masa kami adik beradik memang hidup susah.. Tapi kami bahagia dengan apa yang telah kedua orang tua kami berikan.. Makan apa sahaja yang diberikan oleh mereka tanpa banyak soal.. Tetapi keluarga kami juga sentiasa diasak dengan pelbagai tuduhan,cemuhan,dengki,salah paham,berduka dalam diri dan sebagainya..
Teringat lagi semasa kecil.. Aku dan adikku seronok nak bermain dengan saudara jauh.. Tetapi kami telah dipinggirkan atas sebab tidak puas hati salah seorang sedara terhadap kami.. Sudah berpakaian cantik-cantik di petang hari dan dengan gembira pergi kerumah opah (belah ayah) untuk bermain sama.. Tapi malangnya kami tidak dibenarkan masuk.. Bertapa kecewanya kami masa itu.. Tetapi ibuku pandai memujuk.. "Tidak mengapa.. Mainlah kamu semua dalam rumah ini",jawab ibu kesedihan melihat anak-anaknya.
Selain itu pelbagai herdikan yang dituju kepada keluarga kami.. Kesedihan seorang ibu semakin meruntun apabila diperkatakan anaknya yang lemah,lembik,tak reti membaca dan sebagainya.. Pernah aku juuga kena marah sebab tinggalkan cucu kesayangan opah (belah ayah) sebab nak cepat balik kerumah.. Aku pun menjawab lah "Dia yang main kepadang mainan siapa suruh,orang dah nak kesekolah petang lagi..Takkan nak tunggu dia je.."jerkah ku..
Kesabaran terus menongkah arus sehinggalah kami sudah ke alam remaja dan boleh diharap.. Aku dan adik lelaki banyak berdikari mencari informasi yang berguna dalam arus kehidupan.. Bukan untuk berbangga diri tapi sebagai peringatan yang paling berharga buat aku.. Bila kami adik beradik semua sudah bijak menguruskan segala perlengkapan diri barulah kami adik beradik dipandang oleh mereka.. Kini adikku lelaki berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA.. Sebelum ini mereka langsung tidak memandang kearahnya.. Bila ada pelajaran yang tinggi baru nak pandang.. Huh manusia..
Kini aku pula menjadi kuli atau pembantu mereka jika mereka susah dan tidak tahu untuk mendapatkan bantuan.. Baru sekarang nak meminta bantuan.. Kenapa dahulu sering mengata yang bukan-bukan kepada keluarga kami.. Itu dan ini.. Hurm manusia-manusia sering kali alpa dan lupa apa yang mereka katakan.. Bila kita sengan pandai pula mereka nak menumpang.. Bak kata orang tua-tua dulu katakan..
Kadang kala aku juga pening dengan sikap manusia yang lain hanya mahu kesenangan dan tidak tahu erti kesusahan bagaimana untuk mendapat sesuatu yang betul dari usaha mereka sendiri.. Jangan terlalu bongkak bahawa setiap apa yang kita memiliki tidak akan kekal.. Aku juga sering mengingatkan diri bahawa apa yang aku ada sekarang bila-bila sahaja Allah S.W.T. akan ambil kembali.. Dengan itu, sikap merendah diri dalam diri patut ada dalam diri setiap manusia.. Tidak kiralah dia seorang berharta atau tidak..
Sikap yang suka memperkotak katikkan sesama manusia juga seharusnya dijauhkan.. Hal ini akan memberi ruang kepada mereka yang suka ambil peluang untuk menjatuhkan kita.. Walaupu kadangkala kita sendiri tidak perasan, kita hendaklah berjaga-jaga walaupun orang itu adalah saudara sendiri.. Kerana mulut badan binasa..
Berbalik kepada perkongsian hidup iaitu tajuk utama aku, aku sangat bahagia sekarang kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup dalam serba ada dan cukup apa yang ada untuk meneruskan kehidupan.. Aku tidak memandang paras rupa,harta benda,bangsa,agama, dan sebagainya.. Kerana semua orang berhak untuk dapat apa yang mereka inginkan.. Janganlah kita pula hangat hati dengan apa mereka miliki.. Jika anda juga mahu seperti mereka,usahalah sendiri.. Jangan lah pula berdendam,kerana apa yang dia miliki adalah atas usahanya sendiri.. Tak ke gitu??
Kesimpulannya, Amra dah hidup hampir 20 tahun di alam dunia iaitu ciptaan Allah S.W.T.. yang banyak memberi Amra pelbagai erti kesusahan dan kesenangan hidup di dunia ini.. Amra juga sudah berjumpa pelbagai manusia dan sikap yang berbeza.. Nak dikatakan Amra ini seorang yang baik akhlaknya tidak juga.. Amra seorang yang jahil dan masih belajar untuk memahami dunia Allah.. Insya Allah dalam masa terdekat ini Amra akan menyambung semula pembelajaran Amra keperingkat Ijazah.. Mudah-mudahan Amra diberi peluang disana.. AMIN ~
Yang baik itu datang dari Allah S.W.T..
Yang buruk itu datang daripada Amra sendiri..
Andaikata ada perkataan yang menyakitkan hati pembaca, Amra minta maaf.. Amra sekadar berkongsi dan bukan untuk mengaibkan sesiapa sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggalkan kita.. Wallahualam..
Sekian,Wassalam~
6/8/2012
10.51 P.M.