Assalamualaikum..
Okay berkaitan dengan tajuk di atas iaitu Ulek Mayang..Apa sebenarnya Ulek Mayang itu ya?? Biar Amra jelaskan dari mana asal usul Ulek Mayang ni..
Ulek Mayang ialah tarian tradisional
Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari
gendang, gong, biola dan akordian..
 |
| Tarian Ulek Mayang |
Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu Ulek Mayang ini merupakan Tarian Puteri sedang membuat pemujaan bertujuan untuk berubat..Lagu yang dipersembahkan juga berkaitan dengan puteri tersebut..Seram dengan tidak seram tepulang dengan semangat diri seseorang..
Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya,
tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang
bomoh ke atas seorang
nelayan
yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh
seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk
membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi
saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh
dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang
ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan
semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan
sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal
diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang
budi kepada semangat-semangat laut.
Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini
didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain
dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak
menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari
untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock
Malaysia,
Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi
rock, sementara kumpulan
thrash metal Malaysia,
Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi
instrumental untuk lagu ini.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala |
Nota: Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat.
Percaya atau tidak dengan Ulek Mayang tu terpulang kepada diri masing-masing..Walau bagaimanapun Tarian Ulek Mayang ini masih diamalkan sehingga kini bertujuan untuk berubat..Teringin juga Amra nak lihat sendiri Tarian Ulek Mayang ini..
Amra sendiri pernah buat persembahan Ulek Mayang masa zaman sekolah..Amra jadi watak utama memainkan watak puteri..Apa yang membimbangkan masa Amra membuat persembahan diatas pentas,Amra hampir-hampir terjatuh dari pentas yang tinggi..Semua penonton jadi kaget dan Amra dalam keadaan separuh sedar..Bila lagu tersebut berhenti dimainkan baru Amra sedar yang Amra berdiri betul-betul hujung pentas..Terkejut juga dan cepat undur ke belakang..Percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing..Tapi apa yang pasti Amra suka dengan lirik Ulek Mayang ni..Sedap didengar tapi masih banyak perkara yang tersirat dalam lirik tersebut..
Sekian saja nukilan Amra untuk kali ini..Moga kita bertemu dalam nukilan seterusnya yang sememangnya berkaitan tentang kehidupan Amra..Salam sejahtera..
Wassalam~TENGKU HUSSEIN IPOH
11.57 A.M
Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^