Friday, October 12, 2012

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

Assalamualaikum all of u..

Alhamdulllilah.. Semalam Amra baru je selesai jalani...

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

competition kfc challengence !

Hahaha.. Pertandingan ni berlangsung kat KFC IPOH GARDEN.. Fuhh banyak persaingan kot dengan KFC lain.. SEASON 1 KFC SILIBIN the WINNER..

So of coz, they want to confiscate back plaque from Store Silibin..

Humaagggaaaaiiihhhh.. Rasa tercabar juga r.. Lagi-lagi dengan Store TESCO, AEON, BATU GAJAH, IPOH GARDEN, TRONOH.. yang lain lupe.. Lagi 2 store.. hahaha..

errrr.. cuak juga dengan cara deme ambil customer.. Ade style.. Aku je gaya aku sendiri.. Tak ikut gaya mereka letak tangan kat atas dada.. FREEMANSON tuh ! grrrr..

Style kasar aku tetap ada lam competition tu.. Bahaha.. Asalkan ambil customer rite.. Yang lain lembut je dan bersemangat pada permulaan dan seterusnya makin perlahan.. Tanda nya dah letih.. Aku sendiri pun jadi berpeluh masa competition tu.. fuhhh lain cara kalau tengok dengan main..

Time at sana aku ditemani dengan manager aku sendiri, Kak Amy n someone special.. Kuiii2 bagi semangat... Hahaha thanx ur all.. But the way.. 30 October 2012 is final competition with manager Vs manager.. Errr time ni boleh buat aku cuak je.. Dah rrrr manager aku nie banyak main.. Memang aku nak push dia nanti.. Gggrrr hope plaque tu jadi penganggan kami !

Insya Allah ...

Doakan kami menang !

jyeahhhh ! WHOA ! 

mood: afraid n disspointed if failed to be winners.. 

Wassalam~
12.53 PM



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, September 24, 2012

Miss Someone eh !

Assalamualaikum..

Olahaaa.. Kembali lagi Amra dalam entri seterus nyer.. Ehem2 ..

MISS SOMEONE EHH ??

what??

Errr..

Hurmm.. Buat tak dengar lak.. Pancung telinga kunk ! Hehehe

Ehhh taw ke yang Amra nie rindu kat awok ler ! Hey cepat datang sini ! Amra nak gaduh ngan awok macam dulu2 kita kenal ! BAHAHAHA (buat tebiat pew ! )

Hurm.. but away i very miss u !

With Afiek !
Hehehe... Diam-diam sudah..

Moods: Sok baru dapat jumpa dia.. Ngeh2.. Mau kacau dia cukup2.. errrrr sampai sini jew entri Amra lepaskan kata2 tutttttt.. 

Wassalam~
1.28 pm



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Saturday, September 22, 2012

KERJA ATAU SAMBUNG BELAJAR?

Assalamualaikum..

Entri kali ini Amra ingin kongsikan tentang Amra punya pasal.. Hahaha

Erm.. Ramai yang tanya kat Amra bila nak sambung belajar? erm dengan mudah cakap belum lagi.. Kumpul duit dulu.. Hahaha.. Betul la kan.. Kumpul duit dulu.. Lau ada rezeki baru sambung belajar.. Lau tak kerja je bantu family.. Kannnn..

Apa salahnya kalau kita bekerja sambil mempelajari sesuatu benda baru kat tempat kerja..Tak semestinya kita tak sambung belajr kita tak boleh nak belajar sesuatu yang lain.. Betul tak?

Sekarang nie pun kat tempat kerja Amra banyak belajar cakap Bahasa Inggeris dengan pelanggan.. Ada yang mudah cakap n adakalanya tersasul sudah.. Hahaha adat la baru belajar cakap.. KUiiiiiiiiii2...

So, jangan ingat bila dah kerja kita tak da belajar apa-apa.. Jangan jadi tin kosong bak kata orang-orang tua dulu.. Errrr

Ambil semua kesempatan yang ada untuk tambah pengetahuan dan untuk pengetahuan semua hampir 75% pelajar IPTA dan 25% pelajar IPTS yang menggangur selepas tamat belajar.. Alamak susah la lau macam tu.. Akibatnya majikan lebih berminat mencari pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dari pekerja yang baru tamat belajar (zero) !

OMG ! Apa-apa pun majikan akan tanya dulu.. Sebelum nie kerja mana? Haaa dia lebih minat tanya itu dulu .. Lepas tu baru tanya baru lepas habis belajar ya? Hahaha.. Dah ada pengalaman macam tu.. Amra sebelum ni pun pernah kerja di kedai kasut sebelum sambung ke FORM 6.. Selepas tamat FORM 6 ,Amra sekarang kerja di KFC SILIBIN,IPOH sehingga sekarang.. Lau tak dapat sambung belajar, biarlah Amra kerja dulu cari pengalaman dan lau dapat mana-mana pi jela.. Lau tak dapat jugak??

Kerja rrrr !

Hahaha.. 

With Senior Cashier Kak Sarina !

Hehe time nie ada orang nak pic angkat ayam.. Errr berat !

With Senior.. Kak Zana.. Team Cashier .. Err gemoks !

Erm.. ok larh sampai di sini warakah Amra.. Merepek-repek jew.. Kuiiiii.. Amik iktibar daripada apa yang anda dapat.. You know it !!

Wassalam..
10.15 pm


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Wednesday, September 19, 2012

Kekasih Hati perlu kah??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar wahai warga blog dan juga follower setia Amra??

Ok, Amra kat sini baik-baik saja.. Aha apa kena mengena dengan tajuk Amra tu??

"KEKASIH HATI PERLU KAH??"

Hurm persoalan cepumas tu ! Bagi Amra larh kan.. Kekasih hati tu memang perlu dalam lumrah hidup manusia.. Setiap manusia tidak akan berasa kosong andai adanya kekasih hati..

SIAPA KEKASIH HATI AWAK??

Jawapannya tanya dalam hati dan akal anda sendiri.. Bagi Amra tidak semestinya kekasih hati itu seorang manusia yang masih bernyawa dan berlawanan jantina yang akan menjadi kekasih hati masing-masing.. ALLAH juga merupakan kekasih hati kita.. Hanya dia yang bisa menghidupkan dan mematikan kita semua..

Mengaku dengan tidak mengaku, Amra sendiri juga sudah mempunyai 5 kekasih hati !
Eh ! Ramai tu !

1. ALLAH S.W.T
2. IBU BAPA dan KELUARGA TERCINTA
3. SAUDARA MARA
4. RAKAN_RAKAN SEPERJUAGAN
5. KEKASIH HATI LELAKI (ontheway) hehehe

Its the real truth in my life (betul ke ayat nie ? )

Insya Allah moga berkekalan dengan apa yang dipinta dan dihajati.. Bukan semua yang kita harapkan akan mudah didapati jika tidak ada usaha sendiri.. Jangan nanti "yang dikejar berciciran, yang tinggal terus hilang" (ayat sendiri jangan tiru) ..

Moods: Moga bahagia dengan kekasih hati masing-masing <3 <3 <3

Okay sampai sini sahaja warakah Amra kali ini.. Moga bertemu dalam warakah seterusnya.. Insya Allah..

Wassalam~
12.49 pm



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Sunday, September 9, 2012

Gila Mengumpul Kaaa??

Assalamualaikum semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Alahai baru nak ucap ehhh... Maklum larh Amra sibuk dengan kerja di hari raya ni.. Tak sempat nak mengupdate blog mashyuukkk nih..huiii2..

Hari raya nie pun Amra tak sempat nak ziarah keluarga sedara terdekat.. Huiii2 nasib tak kena marah.. hahaha.. Maaf lah mike nih busy bebeno nak p raya rumah teman.. Almaklum larh xdapat nak cuti lama-lama..

Ok larh kita terus sub topik utama ya..

Apa yang "GILA MENGUMPUL KAAA??"

APOOOO TUU??

Hehehe....

(tekan kebawah lau nak tahu apa dye??)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Laaaaa nih ! Amboi banyak nyer jamm.. Hohoho.. Jangan jeles.. Sekarang nih Amra pengumpul jam setia.. Amek je mana yang nak pakai.. Jam paling mahal Amra beli tu G-SHORK rm30 jerk.. tu pun paling mahal.. Yang lain-lain tu bawah rm19.90-rm 11.90 n rm 10.. ok kann.. Asalkan cantik dipandang dan mudah dipakai..

Macam couple jerk jam nih..Tapi 1 jew yang besi tak de couple lagi.. Hehehe nanti Amra carikan couple awak ehh..Sabo2 yerk tak jumpe lagi mne yang berkenan dihati.. hehehe Yang sebelah G-SHORK tu baru beli tadi.. berkenan lak dengan warna design dia.. Sempat juga hadiahkan adik jam.. Beli 2 pasang jam.. Seronok depa dapat jam.. Sowang kuning n sowang lagi oren.. Tak sempat nak snap pic.. Huhuuhuu..

Ok larh nieh pun ase nak tambah lagi koleksi jam tangan.. gggrrr bior jam tangan jadi koleksi jangan laki lak jadi koleksi.. Tak moa2.. hehehe

Sampai disini warakah Amra..

Wassalam~

9/9/2012
11.00 p.m


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, August 6, 2012

PERKONGSIAN HIDUPKU..

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Ahahahaha...Entri kali ini mungkin melalut sikit.. Apa yang melalut tu?? Ce cerita sikit..

Ok.. Amra akan kongsikan cerita Amra walaupun Amra sendiri tak tahu sempurna atau tidak cerita Amra ni..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun Oktober 1992an, Lan (bapaku) dan Ana (ibuku) telah mendapat anak perempuan yang comel dan kecil seperti anak burung kemerah merahan.. Itulah aku yang di berikan nama yang cukup indah bagi kedua-dua orang tuaku.. 

"NUR HAMRAA' BINTI MOHAMMAD MAZLAND"

Yang membawa maksud cahaya kemerah merahan.. Nama itu dipilih oleh bapaku sendiri.. Setelah aku berusia 3 bulan, ibuku mengandung kembali dan ternyata aku akan mendapat adik tak lama lagi.. wahhh masih bayi lagi memang tak tahu apa-apa..Hahaha.. Sehingga larh adik lelakiku lahir pada pada Oktober 1993,aku baru hendak mencapai usia setahun..

Hidup kami sekeluarga cukup indah walaupun ada juga serba kekurangan.. Opahku belah ibu banyak membantu ibuku menjaga aku dan adik lelaki selepas kelahiran adikku yang ketiga pada Febuari 1995.. Keluarga kami bertambah lagi.. Masa kecil aku dan adik lelakiku memang buas dan nakal.. Ada je kami berdua akan buat sampaikan ibuku mengamuk marah.. Hahaha.. Selepas kena mara opah akan datang memujuk kami berdua.. Rindu dengan pujukan opah..

Pada tahun 2000,lahirlah adikku yang bongsu..Ehh besarnya dia.. Aku masa tu baru darjah 2.. Masih blurr tak tahu apa-apa.. Lihat adik bongsu lagi besar dari budak-budak lain rasa lawak pun ada.. Hehehe.. Sampai larh adikku ini dibawa ke rumah dan dijaga rapi oleh kedua orang tuaku..

Bermula nya dari kehadiran keluarga kami sentiasa diasak dengan pelbagai dugaan.. Masa kami adik beradik memang hidup susah.. Tapi kami bahagia dengan apa yang telah kedua orang tua kami berikan.. Makan apa sahaja yang diberikan oleh mereka tanpa banyak soal.. Tetapi keluarga kami juga sentiasa diasak dengan pelbagai tuduhan,cemuhan,dengki,salah paham,berduka dalam diri dan sebagainya..

Teringat lagi semasa kecil.. Aku dan adikku seronok nak bermain dengan saudara jauh.. Tetapi kami telah dipinggirkan atas sebab tidak puas hati salah seorang sedara terhadap kami.. Sudah berpakaian cantik-cantik di petang hari dan dengan gembira pergi kerumah opah (belah ayah) untuk bermain sama.. Tapi malangnya kami tidak dibenarkan masuk.. Bertapa kecewanya kami masa itu.. Tetapi ibuku pandai memujuk.. "Tidak mengapa.. Mainlah kamu semua dalam rumah ini",jawab ibu kesedihan melihat anak-anaknya.

Selain itu pelbagai herdikan yang dituju kepada keluarga kami.. Kesedihan seorang ibu semakin meruntun apabila diperkatakan anaknya yang lemah,lembik,tak reti membaca dan sebagainya.. Pernah aku juuga kena marah sebab tinggalkan cucu kesayangan opah (belah ayah) sebab nak cepat balik kerumah.. Aku pun menjawab lah "Dia yang main kepadang mainan siapa suruh,orang dah nak kesekolah petang lagi..Takkan nak tunggu dia je.."jerkah ku..

Kesabaran terus menongkah arus sehinggalah kami sudah ke alam remaja dan boleh diharap.. Aku dan adik lelaki banyak berdikari mencari informasi yang berguna dalam arus kehidupan.. Bukan untuk berbangga diri tapi sebagai peringatan yang paling berharga buat aku.. Bila kami adik beradik semua sudah bijak menguruskan segala perlengkapan diri barulah kami adik beradik dipandang oleh mereka.. Kini adikku lelaki berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA.. Sebelum ini mereka langsung tidak memandang kearahnya.. Bila ada pelajaran yang tinggi baru nak pandang.. Huh manusia..

Kini aku pula menjadi kuli atau pembantu mereka jika mereka susah dan tidak tahu untuk mendapatkan bantuan.. Baru sekarang nak meminta bantuan.. Kenapa dahulu sering mengata yang bukan-bukan kepada keluarga kami.. Itu dan ini.. Hurm manusia-manusia sering kali alpa dan lupa apa yang mereka katakan.. Bila kita sengan pandai pula mereka nak menumpang.. Bak kata orang tua-tua dulu katakan.. 

Kadang kala aku juga pening dengan sikap manusia yang lain hanya mahu kesenangan dan tidak tahu erti kesusahan bagaimana untuk mendapat sesuatu yang betul dari usaha mereka sendiri.. Jangan terlalu bongkak bahawa setiap apa yang kita memiliki tidak akan kekal.. Aku juga sering mengingatkan diri bahawa apa yang aku ada sekarang bila-bila sahaja Allah S.W.T. akan ambil kembali.. Dengan itu, sikap merendah diri dalam diri patut ada dalam diri setiap manusia.. Tidak kiralah dia seorang berharta atau tidak..

Sikap yang suka memperkotak katikkan sesama manusia juga seharusnya dijauhkan.. Hal ini akan memberi ruang kepada mereka yang suka ambil peluang untuk menjatuhkan kita.. Walaupu kadangkala kita sendiri tidak perasan, kita hendaklah berjaga-jaga walaupun orang itu adalah saudara sendiri.. Kerana mulut badan binasa..

Berbalik kepada perkongsian hidup iaitu tajuk utama aku, aku sangat bahagia sekarang kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup dalam serba ada dan cukup apa yang ada untuk meneruskan kehidupan.. Aku tidak memandang paras rupa,harta benda,bangsa,agama, dan sebagainya.. Kerana semua orang berhak untuk dapat apa yang mereka inginkan.. Janganlah kita pula hangat hati dengan apa mereka miliki.. Jika anda juga mahu seperti mereka,usahalah sendiri.. Jangan lah pula berdendam,kerana apa yang dia miliki adalah atas usahanya sendiri.. Tak ke gitu??

Kesimpulannya, Amra dah hidup hampir 20 tahun di alam dunia iaitu ciptaan Allah S.W.T.. yang banyak memberi Amra pelbagai erti kesusahan dan kesenangan hidup di dunia ini.. Amra juga sudah berjumpa pelbagai manusia dan sikap yang berbeza.. Nak dikatakan Amra ini seorang yang baik akhlaknya tidak juga.. Amra seorang yang jahil dan masih belajar untuk memahami dunia Allah.. Insya Allah dalam masa terdekat ini Amra akan menyambung semula pembelajaran Amra keperingkat Ijazah.. Mudah-mudahan Amra diberi peluang disana.. AMIN ~

Yang baik itu datang dari Allah S.W.T..
Yang buruk itu datang daripada Amra sendiri..

Andaikata ada perkataan yang menyakitkan hati pembaca, Amra minta maaf.. Amra sekadar berkongsi dan bukan untuk mengaibkan sesiapa sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggalkan kita.. Wallahualam..

Sekian,Wassalam~
6/8/2012
10.51 P.M.


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Saturday, August 4, 2012

Salah ku kah??

Assalamaulaikum dan Salam Ramadhan semua..

Apa khabar wahai warga Blogger??Semua baik-baik aja kan..

Hurm Amra disini pun baik-baik juga tapi kadangkala sakit sikit..Penyakit berjangkit seprti selesema dan batuk..

Okay tak nak dah melalut..Kita terus kepada tajuk utama Amra..

"SALAH KU KAH??"

Hurm salah ke Amra nak berkawan dengan orang lain?? Rasa nya tiada ketetapan undang-undang yang mengatakan tidak boleh berkwan dengan sesiapa dan memerlukan pengesahan sah untuk berkawan.. Perlu ke Amra nak mention kan nama hamba Allah ni yang Amra sudah sah berkawan rapat dengannya.. Apa salah Amra??

Ya memang dahulu Amra nak cari kerja dan beri penumpuan kepada kerja semata-mata untuk cari wang untuk sambung pelajaran.. Dan dalam masa yang sama ketetapan diri untuk setia bersama awak (ex-bf) tak dapat saya ungkapkan.. Saya tak dapat bertahan dengan perhubungan kita.. 

Masa saya bekerja,awak (ex-bf) sentiasa nak tahu apa saya buat? Berkawan? Suka-suka ? Hurm.. Awak (ex-bf) tolong larh saya ni bukan patung yang boleh ikut semua perintah awak (ex-bf).. Parents saya sendiri pun tak pernah nak halang saya buat perkara yang baik..

Kemudian saya putuskan perhubungan dengan awak (ex-bf) bukan sebab saya pandang pada rupa,harta benda,harga diri dan lain-lain.. Tapi sikap awak (ex-bf) buat saya terasa sedih dan kecewa.. Memang nampak mudah untuk dimaafkan..Tapi sudah berkali-kali awak (ex-bf) mengulang perkara yang sama.. Saya tertekan awak (ex-bf)..

Sekarang saya bebas dari awak (ex-bf) baru saya rasa lega sebentar.. Tapi tak lama kemudian awak (ex-bf) mula mencari akal nak kenakan saya mengata itu dan ini kepada keluarga dan rakan-rakan saya.. Tak mengapa saya maafkan setakat mana saya rasa boleh.. Tapi jika awak (ex-bf) melebihi batasan, saya tidak akan berdiam diri.. Jadi tolong lepaskan saya dengan rela hati..

Salah saya kah dapat mengenali rakan baru yang selalu ambil berat pada saya?? Saya sayang semua orang yang rapat dengan saya.. Akan tetapi hamba Allah ini begitu istimewa bagi saya sampaikan saya sendiri tak tahu dia menaruh perasaan dia sebelum saya bertegur sapa dengannya..Bukan nak bangga diri atau sombong tapi kenyataan.. Dia rela melihat saya dengan awak (ex-bf) dan tahu saya sudah berpunya.. Itu yang awak katakan saya malu bersama dengan awak (ex-bf) ?? Sedih saya bila dengar awak (ex-bf) uar-uarkan dalam status awak (ex-bf) = FACEBOOK

Bila dia dapat tahu saya bergaduh dengan awak (ex-bf) dia jadi sedih.. Saya cakap awak tak perlu sedih sebab saya gaduh dengan bf saya.. Dia diamkan diri.. Itu awak (ex-bf) cakap saya malu bersama awak (ex-bf).. Cuma sebab message yang dia panggil saya "YUNK" awak  (ex-bf) marah.. Saya rasa itu tidak menjadi isu sebab semua orang yang bekerja dengannya dipanggil sebegitu.. Awak (ex-bf) banyak salah paham dengan saya.. Awak masih tidak memahami dengan sikap saya.. Awak juga tak percaya dengan saya.. Awak bercakap saya akan cari pengganti lain.. Ya tu sebagai doa yang awak pintakan..

Sekarang biarlah saya dengan hidup saya sendiri dan saya tak nak awak (ex-bf) ganggu saya lagi.. Saya bertambah sedih dan duka dengan sikap awak (ex-bf).. Bersama dengan hamba Allah ini secara kebetulan.. Si dia banyak membantu saya dalam temapat kerja.. Saya hargai dengan sikap si dia.. Bukan paras rupa,harta, dan lain-lain yang jadi pilihan saya.. Tapi sikap dan erti memahami erti persahabatan dan kasih sayang si dia amat saya hargai.. 

Saya mengetahui si dia menyukai saya dari mulut orang lain.. Si dia tidak berani mengatakan apa-apa.. Masa ni saya masih lagi bersama dengan awak (ex-bf).. Saya tekejut sebab masih ada lagi hamba lain menyukai saya dalam diam walaupun dia sudah tahu saya sudah berpunya.. Selepas saya tahu dia menyukai saya, saya mula jauhkan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa.. Kemudian rakan sekerja dapa menghidu perasaan si dia mula mengusik saya termasuk si dia... Saya hanya diamkan diri..

Selepas putus dengan awak (ex-bf) saya hanya beri penumpuan pada kerja.. Si dia sering kali membantu saya bila saya tidak tahu.. Dan bermula dari situ saya mula mengenal erti persahabatan dengannya.. Dia jenis tidak kesah dengan siapa saya berkawan dan buat apa.. Saya sengan dengan sikapnya.. Si dia juga banyak mengingatkan saya supaya menunaikan solat sepanjang waktu bekerja.. Apa yang saya lihat apabila masuk waktu solat, si dia akan meminta kebenaran untuk menunaikan solat.. Senang dengan sikap si dia..

Tak semestinya saya rapat dengan yang lain saya telah lupakan yang lama.. Perkara yang sudah buatkan saya sebagai pengajaran yang berguna.. Berhati-hati dalam semua perhubungan amat penting sebelum menjadi padah.. Perkara yang sudah jika boleh saya tidak mahu ulangi lagi..Cukup larh sampai disitu.. Insya Allah saya akan cuba perbaiki diri dan cuba untuk memahami si dia.. Nak dikatakan terlalu rapat tidak juga sebab hanya berjumpa di tempat kerja sahaja.. DATTING?? Oh yang tu tidak pernah lagi.. Kalau boleh tidak perlu lah nanti jadi mulut orang mengata bukan-bukan..

Saya harap dengan saya mengenali si dia, si dia juga akan memahami saya.. Tidak perlu berdatting segala.. Cukup sekadar memahami saya.. Saya suka orang yang jenis berterus terang seperti si dia.. Terima kasih ya untuk si dia.. Nak dikatakan ada kenangan itu tak ada sebab tak pernah keluar berdua.. Kami suka keluar beramai-ramai berbanding berdua.. Elakkan dari pandangan serong orang lain ya.. 

Kepada awak (ex-bf) saya harap awak tetap teruskan kehidupan awak tanpa saya.. Tidak perlu harapkan apa-apa dari saya kerana saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan hidup di dunia ini.. Insya Allah jika panjang umur kita berjumpa.. Dan diharapkan awak (ex-bf) ubah sikap dan personaliti diri awak (ex-bf).. Saya tahu saya juga banyak salah laku dekat awak.. Maafkan saya.. Saya jadi begitu ada sebab tersendiri. Bukan untuk saja..

Sekian sahaja dari Amra dan nukilan ini tidak ada kena mengena untuk mengaibkan sesiapa..Sekadar perkongsian dalam hidup saya selam hari ini.. Kepiluan hati sehingga hari ini masih terasa.. Wallahualam..

Wassalam~
1.10 pm
5.8.2012



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^