Friday, January 13, 2012

Daftar Dah UPU


Haaaaa...Amra dah daftar UPU hari ini ! Weeeeeee.. Tapi pening juga laa nak pilih U mana.. Pelan je anak mata teliti tengok skrin Laptop..Hehehe.. Slow-slow tarik mouse ke atas dan bawah.. hehehe.. Sabar jew larh.. Haaaa nie dia pilihan U Amra pilih ... weee


Ada 10 Universiti Amra pilih..Hehehe..banyak nye ya..Tapi bukan semua yang dapat..Sebab itu kena isi semua..Oh ya... Kursus yang paling menarik minat Amra ialah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian..Orang kata kursus ini senang cari kerja dan pilihan kursus di Universiti ni ialah UUM (Universiti Utara Malaysia).. Hehehe dengar macam jauh kan.. Tak jauh sebenarnya.. Hope dapat larh kat sana.. Wink-wink.. Coz ada mak sedara kat sana..hehehe senang ya hidup kau Amra..hahaha  ^^


Tak sabar dah nak sambung belajar semula..Ehhhh result STPM pun belum dapat lagi dah berangan nak kesana..Hahahaha..tapi dapat ke tak lain kira..Janji dah usaha..Lau tak dapat buat rayuan sampai dapat..Betul tak??


Insya Allah mudah-mudahan ada rezeki Amra nak sambung belajar lagi..Kalau tak dapat mana-mana tak pe..Amra takkan putus asa..Boleh juga kerja sambil belajar macam Akak Atiqah senior tempat kerja yang masih kerja sambil belajar..Dah nak habis semestar dah..tahun ni last n tak lama lagi dah nak graduate..seronoknya..  :)


Minta anda yang disana..Sama-sama kita doa yang kejayaan kita masih ada walaupun lambat..Jangan risau..Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita walaupun susah senang kita terhadapnya..AMIN~


Wassalam~
2.49 PM


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

No comments:

Post a Comment