Monday, April 29, 2013

MENCARI KEBAHAGIAAN.....

Assalamualaikum semua...

Ahaa lama sudah tak update blog ni.. Maaf Amra selalu sibuk dengan ativiti Amra.. Huh.. Sabar je la..

Ok larh berbalik dengan tajuk utama yang dipaparkan diatas iaitu "MENCARI KEBAHAGIAAN"

Apa yang dimaksudkan "MENCARI KEBAHAGIAAN" tu ya??

OK, bagi pendapat Amra la kan.. "MENCARI" tu membawa  maksud sesuatu benda atau harta yang paling disayangi atau diperlukan untuk kegunaan diri.. Manakala "KEBAHAGIAAN" pula membawa maksud sesuatu perkara yang memberi kegembiraan dari segi perasaan,kerjaya, dan sebagainya....

Setiap kebahagiaan seseorang berlainan caranya.. Ada yang mendapat kebahagiaan melalui perkahwinan,bisnes keluarga dan sebagainya. Perjanjian kebahagiaan boleh merungkai kata melalui kata-kata yang mendalam dan luahan kata yang ikhlas dari diri seseorang..

Contohnya, saya memperolehi kebahagiaan melalui seseorang yang mula memahami diri saya.. Bukan saya maksudkan hanya seorang yang special saja yang boleh memberi kebahagiaan kepada saya.. Keluarga saya juga beri kebahagiaan saya.. Saya lebih cenderung bersama keluarga walaupun diri sudah mempunyai seseorang yang mula ingin memberi kebahagiaan kepada saya.. Saya lebih rapat dengan keluarga dan selalu memperoleh kebagiaan dengan cara saling memahami antara satu sama lain.. Kami akan cuba berkerjasama dan saling tolong menolong dan bila mencapai hasilnya, kami akan gembira dan mula gembira dan .bermula dari situ dapat kebahagiaan.. Dengan itu, bukan sahaja dengan seseorang yang special sahaja baru ita nak peroleh kebahagiaan.. Ingat tu ya kawan-kawan..

Walau bagaimanapun, bukan semua akan mudah mencari kebahagiaan... Ada yang mudah dapat dan ada yang tak mudah mendapat kebahagiaan.. Mungkin juga kebahagiaan yang belum dapat tu ada hikmahnya pada akhirnya kisah cerita seseorang... Mungkin juga seseorang tu akan dapat kebahagiaan melalui  alam perkahwinan... Ingat bukan semua yang boleh mencari kebahagiaannya..

Berdoalah.. Kemungkinan kebahagiaan yang dapat adakalanya akan berlalu seperti angin... Maka hargailah kebahagiaan yang ada... Bukan semua kebahagiaan akan tercapai dengan mudahnya.. 

OK sampai di sini warakah Amra kali ini... Moga terhibur walaupun simple aja ayat yang digunakan.. Sayang anda semua.. Jadilah insan yang berguna.. 

Wasalam..
8.20 pm
~KFC BATU GAJAH,PERAK~




Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, January 7, 2013

EPISODE 2 : KASIH KEMBALI BERTAUP


TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISODE 2

Pemandangan sekitar  Taman Tasik Shah Alam kelihatan sunyi di pagi hari kerana kedatangan bergelar manusia masih belum kelihatan. Tidak lama kemudian, tiba sebuah kereta hitam BMW yang dipandu oleh seorang lelaki. Keretanya dibehentikan pada satu sudut pohon yang rendang.Rafi keluar dari kereta. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kakinya ke taman tasik tersebut. Rasa damai dalam ciptaan Tuhan mula menguasai dalam dirinya. Teringat kembali apabila bapanya selalu membawa dia ke taman tasik itu pada masa kecilnya.

“Rafi ! Mari sini nak. Tak usah main dekat air tasik tu. Nanti jatuh nak. Penat dah babah ni kejar kamu  merata-rata. Kesianlah babah ni nak,” ujar Tan Sri Khalil.

“Babah ! Sini babah ! Rafi nampak ikan besarlah babah. Babah cepatlah sini !”, Rafi menjerit dari jauh.

“Ya-ya babah datang ni. Tak mau dekat sangat kat gigi air tu. Bahaya nak !”, ujar Tan Sri Khalil lagi.

Kemudian kedengaran jeritan kuat dari suara anak kecil. Kelihatan sebelah kaki Rafi telah masuk ke dalam gigi air tasik tersebut.

“Haaaa... Kan babah dah cakap tak mau dekat sangat jair tasik tu. Tengokkan dah masuk kaki dalam gigi air. Degil sangat cakap babah ni. Habis kotor kasut kamu.”, Tan Sri Khalil mengeluh panjang.

“Babah, tolonglah babah angkat Rafi”, kedengaran tangisan Rafi bermula.

Rafi tersenyum sendirian. Kisah kanak-kanaknya sudah ditelan zaman kerana persekitaran taman tasik tersebut sudah banyak berubah. Kemudian dia memulakan perjalanan asalnya untuk melakukan aktiviti riadah. Dia mulakan langkah untuk memanaskan badan terlebih dahulu.

Tiba-tiba matanya mula memfokuskan satu tubuh yang sangat dia kenali. Ingatannya mula berputar kembali untuk mengingatkan tubuh tuan badan tersebut. Dengan tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang.

“Lela !”, hati Rafi mula menjerit.

Rafi mula merindui Lela. Kekasih hati yang dia tinggalkan 4 tahun yang lalu.

**************

Di kampus USM, Lela dan Ayu kecoh berbicara tentang rakaman yang mereka perlu lakukan untuk penghabisan projek terakhir mereka. Masing-masing ligat memikirkan idea yang ingin dipersembahkan dalam rakaman mereka tersebut.

“Haaaaa.. Beb aku dah dapat idea untuk rakaman kita ni. Apa kata kalau kita gandingkan rakaman lakonan dan lagu ciptaan kita sendiri?”, Ayu mula mendapat idea peliknya.

“Idea kau  ni macam tak kena la dengan kita punya tajuk la weh. Haishh... Pening aku dengan idea kau ni.”, ujar Lela sambil menggeleng kepala.

“Alah apa susah. Tulis lirik lagu,mainkan lagu dan kita pun buat la rakaman lagu tu. Apa susah. Rilex la beb, aku ada cara macam mana nak cari kod-kod lagu yang best. Hihihi..”, kedengaran ketawa kecil Ayu.

“Kau ni memang selengga betul. Ikut suka kau la nak buat pa. Aku ikut hang ja”, loghat Lela mula kedengaran.

23 NOVEMBER 2012
Hari ni aku berada di kampus bersama temanku untuk mencari idea menulis lagu sendiri. Perkara gila pertama kali aku kena buat. But the way get smile and thinking positive. Hahaha..






Ayu Marselyna mula tersengih. Akhirnya idea dia mula diterima oleh Lela Sarah. Lela Sarah hanya mampu menggeleng dengan gelagat rakan baiknya. Ayu Marselyna sudah mula mengambil kertas putih dan mula mencoretkan tulisan dan kod lagunya dalam kertas putih. Lela Sarah pula menumpukan perhatian dalam diarinya. Dia juga mula mencoretkan sesuatu dalam diarinya.                                                                                                                    





Lela Sarah menutup diarinya selepas selesai menulis. Kemudian barulah dia sedar yang Ayu Marselyna sudah ketiduran. Lela Sarah mula ketawa kecil.

“Oiiiii Ayu ! Bangun la. Jom kita balik. Kesian aku tengok kau dah tidur kat sini. Hihihi”, Lela ketawa lagi.

“Ermmm.. Ya aku bangun ni. Hurm mengantok betul aku kat sini. Haishhh”, Ayu menggaru-garu kepalanya.

Kemudian kedua-dua sahabat ini mula bergerak menuju ke tapak letak kereta dan pulang kerumah sewa mereka. Begitulah hidup seharian mereka yang penuh gelak tawa dan suka duka berkongsi bersama.

BERSAMBUNG......

Moga terhibur dengan kisah yang seterusnya...  :)


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^