Assalamualaikum
Perasaan yang melanda dalam diri setiap manusia adalah berbeza atau sama?? Persoalannya anda boleh bertanya pada diri sendiri..
Perasaan terbahagi banyak kategori iaitu gembira,sedih,marah,benci dan sebagainya.. Tanya diri anda sekarang?? Perasaan gembira? Sedih? Kecewa? Bangga?
Oh sudah pasti ada jawapanya.. Kali ni Amra nak menceritakan perasaan Amra semasa gembira, sedih, kecewa dan lain-lain.. Mari ikuti cerita Amra di bawah..
1.PERASAAN GEMBIRA
Perasaan betul-betul gembira masa Amra luangkan masa dengan keluarga Amra sendiri.. Memang seronok sembang-sembang dengan keluarga ditambah lagi dengan persiapan snek untuk hidangan lepak kami.. Gelak tawa usah dikata.. Memang tidak kering gusi dan ada saja bahan untuk dijadikan uji kaji.. Terutamanya ibu Amra..Dulu ibu Amra nie garang tau..Tapi sekarang dah berubah..Semua yang garang tu dah berubah jadi kelakar..
2.PERASAAN SEDIH
Perasaan betul-betul sedih bila Amra kena marah dengan arwah tok Amra..Amra ingat lagi dengan kata-kata arwah..Hurm selain tu ada lagi kena marah dengan cikgu dalam kelas..Tak pernah Amra kena marah teruk dengan mana-mana cikgu..Perkara ni berlaku pada tahun lepas..Hal ni jadi pun sebab Amra salah buat kerja rumah dia..Entah macam mana dia mengamuk dan renyuk kertas jawapan Amra hantar..Tiba-tiba dia cakap kat depan-depan kelas yang Amra sombong,belagak pandai..Hurm apa merapu semuanya..Sebabkan terima jawatan tinggi tu yang buat dia marah..Hurm manusia mudah dengki dengan apa yang kita ada..Malu,sedih,kecewa dan sebagainya ada dalam diri Amra..Lama juga Amra bangkitkan semula semnagat Amra..Amra banyak mengadu pada kawan baik Amra dan ibu Amra.. Nasib badan..
3.PERASAAN MARAH
Opss marah dekat siapa ya?? Hurm..Sebenarnya perasaan marah Amra bila-bila boleh ada...So,kepada sesiapa yang tak paham dengan peragai Amra jangan larh suka-suka hati cakap bukan-bukan ya..Nanti Amra marah dengan naik tangan sekali..Oppsss sorry ya guys..Hahaha memang puas hati kalau dapat empuk orang yang kita marah.. Weeeeeeeeee..Best !
4.PERASAAN BENCI
Amra cukup benci dengan orang yang suka paksa buat benda bukan-bukan..Please larh..Orang yang suka paksa-paksa ni orang yang malas bagi Amra..Dia macam tak berdikari nak buat perkara yang kecil dan remeh..Oh my pleasure ! Hurm,silap-silap orang yang suka paksa-paksa nie Amra melenting n marah,maki-maki hahaha.. Sorry yeah..
5.PERASAAN BANGGA
Perasaan ni muncul bila Amra dapat tau adik Amra berjaya melanjutkan pelajaran ke UIAM..Walaupun Amra tak dapat nak melanjutkan pelajaran sama macam dia,janji dia lepas ke sana..Amra Insya Allah akan ke sana kalau ada rezeki..AMIN..
Ok larh sebenarnya banyak lagi perasaan Amra tapi takkan semua nak luahkan..Aduh jenuh Amra nanti..Hurm.. Sampai sini sahaja waraakah Amra kali ini..Jumpa lagi warakah yang lain..
Wassalam, KFC SILIBIN
7.05 PM