Assalamualaikum..
Okay berkaitan dengan tajuk di atas iaitu Ulek Mayang..Apa sebenarnya Ulek Mayang itu ya?? Biar Amra jelaskan dari mana asal usul Ulek Mayang ni..
Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian..
![]() |
Tarian Ulek Mayang |
Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu Ulek Mayang ini merupakan Tarian Puteri sedang membuat pemujaan bertujuan untuk berubat..Lagu yang dipersembahkan juga berkaitan dengan puteri tersebut..Seram dengan tidak seram tepulang dengan semangat diri seseorang..
Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya,
tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang
bomoh ke atas seorang nelayan
yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh
seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk
membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi
saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh
dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang
ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan
semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan
sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal
diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang
budi kepada semangat-semangat laut.
Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini
didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain
dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak
menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari
untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock
Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini.
Ulek mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Tuan puteri berbaju serong Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading Tuan puteri berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala |
Nota: Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat.
Percaya atau tidak dengan Ulek Mayang tu terpulang kepada diri masing-masing..Walau bagaimanapun Tarian Ulek Mayang ini masih diamalkan sehingga kini bertujuan untuk berubat..Teringin juga Amra nak lihat sendiri Tarian Ulek Mayang ini..
Amra sendiri pernah buat persembahan Ulek Mayang masa zaman sekolah..Amra jadi watak utama memainkan watak puteri..Apa yang membimbangkan masa Amra membuat persembahan diatas pentas,Amra hampir-hampir terjatuh dari pentas yang tinggi..Semua penonton jadi kaget dan Amra dalam keadaan separuh sedar..Bila lagu tersebut berhenti dimainkan baru Amra sedar yang Amra berdiri betul-betul hujung pentas..Terkejut juga dan cepat undur ke belakang..Percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing..Tapi apa yang pasti Amra suka dengan lirik Ulek Mayang ni..Sedap didengar tapi masih banyak perkara yang tersirat dalam lirik tersebut..
Sekian saja nukilan Amra untuk kali ini..Moga kita bertemu dalam nukilan seterusnya yang sememangnya berkaitan tentang kehidupan Amra..Salam sejahtera..
Wassalam~TENGKU HUSSEIN IPOH
11.57 A.M
No comments:
Post a Comment