Assalamualaikum..
Bersama rakan sekerja |
Hai-hai semua..Lama juga Amra tak update blog nie..Okay berkaitan dengan tajuk Amra "SAYANG SIAPA YA??"
Okay mengikut firasat Amra..Perasaan sayang nie banyak berkaitan dengan Tuhan,Manusia,Persekitaran Alam dan sebagainya..
- SAYANG AKAN TUHAN
Aha..Berkaitan dengan perasaan sayang akan Tuhan ni paling bermakna dalam kehidupan setiap manusia..Walaupun masih ramai lagi yang masih tidak tahu tentang kewujudan Tuhan yang Agung dan Bijak sana, Tuhan tetap memberi segala keperluan yang diperlukan oleh manusia..Mungkin kita tidak nampak apa yang Tuhan beri kepada kita,tetapi hakikat nya Tuhan tetap ada membantu kita dalam apa jua keadaan sama ada cepat atau lambat..
*Amra:Saya sudah pasti sayangkan Tuhan,walaupun saya banyak buat salah pada nya, saya tetap fikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara..Dulu Amra seorang jahil juga,tapi sekarang Amra dah insaf..Hehehe.. ^^
2. SAYANG AKAN MANUSIA
Yang nie Amra tau dah mesti ramai pasangan hidup yang sedang hangat bercinta..Alahai seronok nya mereka nie..Hari-hari rasa nak jumpa aja..Sehari tak jumpa rindu..Hohoho..Sayang akan manusia membawa maksud tentang perasaan kasih sayang yang timbul secara semulajadi dalam diri manusia..Tidak kira lelaki mahupun perempuan..Sama saja..Tapi ingat sayang-sayang juga tapi jangan melebihi had yang tidak sah untuk dituntut pada mereka belum berkahwin ya.. hehehe.. Jangan terasa apa Amra tulis ni ya..
*Amra sekarang nie dah single..Tentang perasaan sayang kat seseorang lelaki tu belum wujud lagi dalam diri Amra..Takut juga lau nak sayang kat lelaki yang kita baru kenal dan tiba-tiba putus di tengah jalan..Hurm..Cukup sampai di situ saja ya.. Hehehe
3. SAYANG AKAN ALAM SEKITAR
Sayang pokok !!..Hehehe.. Sayang alam sekitar ni lagi baik kan dari sayang sesama manusia yang baru kita kenal..Alam sekitar yang Allah S.W.T bina untuk hambanya amat Amra kagumi..Kalau Amra ada keluar jalan-jalan dengan menaiki kereta ,Amra suka pandang luar tingkap kereta..Melihat kebesaran Tuhan.. Masya Allah..Memang tak terungkap kata nak kata aneh atau segalanya..Hanya mengucap perkataan cantik dan sebagainya..
*Amra suka rumah yang banyak pokok hijau-hijau..Aman dimata Amra kalau tengok pemandangan hijau kawasan rumah..Tenang dan nyaman macam mahu tidur pun ada..Hahaha ^^
Okay larh..Setakat ini saja Amra punya warakah..Semoga kita bertemu dalam warakah seterusnya..Dan moga anda menyukai warakah Amra kali ini..Salam sejahtera buat semua pembaca..
Wassalam~ KFC SILIBIN IPOH
5.15 P.M
5.15 P.M
No comments:
Post a Comment