Sunday, December 30, 2012

EPISOD 1 : KASIH BERTAUP KEMBALI


TAJUK: KASIH BERTAUP KEMBALI
KARYA ASAL: AMRA MAZLAND
EPISOD 1

“ Cukup sampai disini sahaja hubungan kita ”, Rafi memulakan bicaranya.

“ Kenapa harus putuskan hubungan kita ? Apakah saya ada melakukan kesalahan terhadap awak ?”, air mata Lela sudah mula bergenang pada kelopak mata.

Rafi bungkam dan mula menarik nafas untuk meneruskan kata. Sebelum dia hendak meneruskan kata, dia harus mencari kata-kata yang sesuai untuk menerangkan keadaan dirinya yang tidak sanggup untuk meneruskan perhubungannya dengan Lela.

“ Lela dengar sini baik-baik. Awak memang tiada buat kesalahan. Tetapi keadaan memaksa saya untuk memutuskan perhubungan kita. Untuk pengetahuan awak, saya terpaksa untuk tinggalkan negara ini dalam 3 hari lagi. Oleh itu, saya harap awak memahami keadaan saya”, terang Rafi dengan panjang lebar.

“ Takkan disebabkan tinggalkan negara ini awak sampai nak putuskan hubungan kita. Sampai hati awak buat saya macam ni !” Lela mula meninggikan suara.

Rafi diam dan mula ligat mencari idea. Dia mula teringat akan surat tawarannya ke luar negara. Mungkin itu sahaja yang boleh dia gunakan untuk memberi alasan kepada Lela.

“ Lela, awak kena faham. Saya kena putuskan hubungan ini juga. Saya tak mahu awak nanti menyesal kerana saya akan sambung pelajaran ke luar negara dan saya takut tak dapat nak layan awak macam dulu kala. Maafkan saya sebab tidak  beritahu awal-awal lagi”, ujar Rafi sambil menari nafas.

Air mata Lela mula jatuh ke pipi.
***********

“Oit ! Cepat la  Ayu. Kita dah lambat ni. Kau ni selalu lambat bangun lewat. Tu la lambat tidur lagi. Kan dah lambat bangun. Cepat la siap Ayu oiiiiii !” pekik Lela.

Ayu kelam kabut bersiap-siap sambil itu sempat lagi menyanyi riang. Lela naik geram lalu membaling bantal ke arah Ayu. Kemudian, masing-masing gelak riang. Begitu la hidup mereka sebagai pelajar USM selama hampir tiga tahun. Dan tahun itu adalah tahun terakhir mereka bersama-sama dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pelajar universiti. Ayu Marselyna Aziz kawan kepada Lela Sarah yang memang sukakan keseronokkan yang berpanjangan dan suka buat perkara yang tanpa diduga. Manakala Lela Sarah pula suka bertindak sesuatu dengan emosional, tetapi jika kemarahannya sudah naik ketahap yang tidak dapat ditahannya habis keluar segala kata-kata yang menyakitkan hati.

“Ayu ! Dah siap ke belum? Aku tunggu kat kereta ya. Kalau lambat aku tinggal kau. Hahaha...”, kedengaran ketawa besar Lela mula menakutkan Ayu.

“Kejap la beb ! Huh sabar la ye pun. Teman ni betul tudung jap !” Ayu menjerit dari dalam rumah.

Lela menyeringai gembira kerana dapat menakutkan rakan karibnya. Teringat dia dulu ketika bertegur sapa dengan Ayu. Sikit punya baik respons yang Ayu bagi kepadanya.

“Assalamualaikum. Saya Ayu Marselyna Aziz. Nama awak apa? Tinggal kat mana? Dengan siapa? Ada nombor handphone? Apa nombornya? Eh tersasul lak. Errrrr”,sambil tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal.

Lela tersenyum dengan gelagat Ayu. Ayu juga tersenyum. Lela hulurkan tangannya untuk menunjukkan perkenalannya dengan Ayu.

“Waalaikumusalam. Saya Lela Sarah. Saya tinggal di Shah Alam. Tinggal bersama keluarga tercinta. Oh, nombor telefon nanti saya bagi ya”, giliran Lela pula tersengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Akhirnya kedua-duanya ketawa dengan perlakuan masing-masing.
 Lela tersenyum seorang diri dalam kereta kepunyaannya. Pintu kereta sebelah dibuka oleh Ayu.

“Aiii, apahal tersengih seorang diri tu? Ingat kat abang ke? Hihihi...”, Ayu mengusik Lela.

“Mana ada la. Hah dah siap eh. Ok cepat pakai tali pinggang keledar. Kita bertolak sekarang”, ujar Lela dengan selamba.

Kereta mula meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka. Keadaan dalam kereta senyap kerana kedua-duanya menumpukan perhatian dalam perjalanan ke tempat belajar.

“Lela.. Agak-agak kaukan siapa yang akan gantikan profeser Nadya ya?”, Ayu memulakan bicara.

“Mana la aku  tau  siapa. Aku bukan ahli nujum la nak teka-teka. Lagipun  aku tak kesah siapa yang akan ganti tempat profeser kita tu. Janji kita ada kelas dapat nota dan tugasan itu pun dah cukup baik bagi aku. Yang kau duk sibuk-sibuk nak peningkan kepala tu kenapa? Rilex sudah.. Okay?”, ujar Lela. 
Pemanduannya sikit terganggu dengan deringan telefon bimbitnya.

Ayu mula membebel seorang diri. Lela hanya tersenyum dan mula mencari earphone untuk menyambung talian ke telinganya.

“Assalamualaikum. Ye Lela ni...............”, Lela mula menutur kata dengan si pemanggil.

Kereta Lela terus meluncur hingga sampai ke destinasi mereka.

BERSAMBUNG........


Permulaan cerpen utama.. Moga terhibur dan nantikan episod yang seterusnya...

:)

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Welcome to 2013 !

Assalamualaikum... warga blogger..

Errrr dah lama rasanya tak update blog nih..

Al-maklum la busy dengan kerja sejak kebelakangan nih.. Haishh penat dibuatnya..

Ahaa berbalik kepada tajuk utama.. 

WELCOME TO 2013 !

HAHAHAHA.. Macam tak percaya dah esok dah masuk tahun 2013.. Maka berakhirnya zaman 2012 yang penuh sejarah silam yang memeritkan.. Ada yang indah dan ada yang menyedihkan.. Adatlah hidup kita sebagai manusia..

Oh ya untuk pengetahuan semua, In shaa Allah.. Amra akan cuba hasilkan cerpen simple dan boleh juga dikatakan ringkasan tentang erti hidup seorang gadis dalam mengharungi kisah cintanya yang kembali bertaup selepas lamanya putus ditengah jalan.. Nantikan cerpen Amra akan datang  :)

Moga kali ini tahun yang baru Amra dapat jalani hidup dengan lebih dari sebelumnya.. In shaa Allah..

Sekian....

Wasaalam
1.57 pm

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Thursday, October 18, 2012

Yang Sudah Tu Sudah Larh..

Assalamualaikum all lovely bloggers..

Ahaa.. Yang Sudah Tu Sudah Larh.. Ehh Apa kena mengena lak tu Amra oiii??

Hurm.. Amra sekarang rasa rungsing sebab kekadang teringat kisah lama.. Bila difikirkan balik kenapalah aku ni bodoh sangat buat perkara yang tak sepatutnya dibuat.. Buat orang yang menyayangi diri Amra sakit dan terus Amra musnahkan hatinya..

Sedih.. Kecewa.. Marah.. Masih belenggu dalam diri Amra.. Luaran kadang kala nampak ceria.. Tapi dalam hati saja yang rasa betapa sakitnya hati dan kepiluan yang bertandang dalam hati.. Hati yang berkecai sedikit demi sedikit di ubat dengan kehidupan yang baru..

Dugaan yang menimpa diri silih berganti.. Ada yang berat dan ada yang ringan.. Kehidupan sekarang seakan kain putih yang tiada corak mula diisi dengan dakwat pena yang tajam hujungnya.. Keceriaan hati mula diisi dengan insan yang baru mengenali hati budi.. Apa yang Amra luahkan bukan untuk mengata kepada sesiapa.. Tapi sekadar luahan hati Amra dalam blog ni.. Amra tak pandai nak cerita kepada orang lain.. Hanya taipan kata-kata dalam blog ini Amra luahkan..

Maafkan Amra andai Amra ada tersalah bahasa atau apa-apa jua.. Cukup larh apa yang Amra rasa dulu.. Amra nak seseorang yang betul-betul memahami diri ini.. Amra dah penat untuk menjadi seorang yang benar-benar setia.. Tapi dalam masa yang sama ia masih tidak memahami diri ini.. Maafkan Amra.. Tak sanggup rasanya untuk meneruskan kepuraan yang ada dalam diri jika terus menipu diri sendiri.. 

Amra hanya insan biasa.. Kenangan yang sudah buat Amra hati-hati dalam menjalin perhubungan.. Tidak kiralah siapa pun dia.. Kena juga berhati-hati dalam mengenali hati budinya.. Amra juga dah tak kesah andai satu hari Amra tidak kahwin atau bertemu jodoh yang sesuai.. Janji adik-adik Amra lepas segalanya.. Amra biar keseorang pun tak kesah.. Adik-adik paling Amra utamakan..

Kalau boleh tak nak parents Amra susah lagi.. Tapi apakan daya.. Amra masih tak mampu lagi untuk menegakkan kemampuan untuk membantu mereka.. Insya Allahh dalam 5 tahun akan datang atau seterusnya.. Amra akan dapat bantu mereka.. AMIN~

Ok larh sampai disini sahaja warakah Amra.. Hope tak ada yang terasa apa yang Amra sampaikan.. 

Yang lalu jangan dikenang..
Yang sekarang harus berjuang !

Wahuallam..

20:31 PM


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Friday, October 12, 2012

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

Assalamualaikum all of u..

Alhamdulllilah.. Semalam Amra baru je selesai jalani...

COMPETITION KFC CHAMPS CHALLENGE (CUSTOMER MANIA) SEASON 2

competition kfc challengence !

Hahaha.. Pertandingan ni berlangsung kat KFC IPOH GARDEN.. Fuhh banyak persaingan kot dengan KFC lain.. SEASON 1 KFC SILIBIN the WINNER..

So of coz, they want to confiscate back plaque from Store Silibin..

Humaagggaaaaiiihhhh.. Rasa tercabar juga r.. Lagi-lagi dengan Store TESCO, AEON, BATU GAJAH, IPOH GARDEN, TRONOH.. yang lain lupe.. Lagi 2 store.. hahaha..

errrr.. cuak juga dengan cara deme ambil customer.. Ade style.. Aku je gaya aku sendiri.. Tak ikut gaya mereka letak tangan kat atas dada.. FREEMANSON tuh ! grrrr..

Style kasar aku tetap ada lam competition tu.. Bahaha.. Asalkan ambil customer rite.. Yang lain lembut je dan bersemangat pada permulaan dan seterusnya makin perlahan.. Tanda nya dah letih.. Aku sendiri pun jadi berpeluh masa competition tu.. fuhhh lain cara kalau tengok dengan main..

Time at sana aku ditemani dengan manager aku sendiri, Kak Amy n someone special.. Kuiii2 bagi semangat... Hahaha thanx ur all.. But the way.. 30 October 2012 is final competition with manager Vs manager.. Errr time ni boleh buat aku cuak je.. Dah rrrr manager aku nie banyak main.. Memang aku nak push dia nanti.. Gggrrr hope plaque tu jadi penganggan kami !

Insya Allah ...

Doakan kami menang !

jyeahhhh ! WHOA ! 

mood: afraid n disspointed if failed to be winners.. 

Wassalam~
12.53 PM



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, September 24, 2012

Miss Someone eh !

Assalamualaikum..

Olahaaa.. Kembali lagi Amra dalam entri seterus nyer.. Ehem2 ..

MISS SOMEONE EHH ??

what??

Errr..

Hurmm.. Buat tak dengar lak.. Pancung telinga kunk ! Hehehe

Ehhh taw ke yang Amra nie rindu kat awok ler ! Hey cepat datang sini ! Amra nak gaduh ngan awok macam dulu2 kita kenal ! BAHAHAHA (buat tebiat pew ! )

Hurm.. but away i very miss u !

With Afiek !
Hehehe... Diam-diam sudah..

Moods: Sok baru dapat jumpa dia.. Ngeh2.. Mau kacau dia cukup2.. errrrr sampai sini jew entri Amra lepaskan kata2 tutttttt.. 

Wassalam~
1.28 pm



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Saturday, September 22, 2012

KERJA ATAU SAMBUNG BELAJAR?

Assalamualaikum..

Entri kali ini Amra ingin kongsikan tentang Amra punya pasal.. Hahaha

Erm.. Ramai yang tanya kat Amra bila nak sambung belajar? erm dengan mudah cakap belum lagi.. Kumpul duit dulu.. Hahaha.. Betul la kan.. Kumpul duit dulu.. Lau ada rezeki baru sambung belajar.. Lau tak kerja je bantu family.. Kannnn..

Apa salahnya kalau kita bekerja sambil mempelajari sesuatu benda baru kat tempat kerja..Tak semestinya kita tak sambung belajr kita tak boleh nak belajar sesuatu yang lain.. Betul tak?

Sekarang nie pun kat tempat kerja Amra banyak belajar cakap Bahasa Inggeris dengan pelanggan.. Ada yang mudah cakap n adakalanya tersasul sudah.. Hahaha adat la baru belajar cakap.. KUiiiiiiiiii2...

So, jangan ingat bila dah kerja kita tak da belajar apa-apa.. Jangan jadi tin kosong bak kata orang-orang tua dulu.. Errrr

Ambil semua kesempatan yang ada untuk tambah pengetahuan dan untuk pengetahuan semua hampir 75% pelajar IPTA dan 25% pelajar IPTS yang menggangur selepas tamat belajar.. Alamak susah la lau macam tu.. Akibatnya majikan lebih berminat mencari pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dari pekerja yang baru tamat belajar (zero) !

OMG ! Apa-apa pun majikan akan tanya dulu.. Sebelum nie kerja mana? Haaa dia lebih minat tanya itu dulu .. Lepas tu baru tanya baru lepas habis belajar ya? Hahaha.. Dah ada pengalaman macam tu.. Amra sebelum ni pun pernah kerja di kedai kasut sebelum sambung ke FORM 6.. Selepas tamat FORM 6 ,Amra sekarang kerja di KFC SILIBIN,IPOH sehingga sekarang.. Lau tak dapat sambung belajar, biarlah Amra kerja dulu cari pengalaman dan lau dapat mana-mana pi jela.. Lau tak dapat jugak??

Kerja rrrr !

Hahaha.. 

With Senior Cashier Kak Sarina !

Hehe time nie ada orang nak pic angkat ayam.. Errr berat !

With Senior.. Kak Zana.. Team Cashier .. Err gemoks !

Erm.. ok larh sampai di sini warakah Amra.. Merepek-repek jew.. Kuiiiii.. Amik iktibar daripada apa yang anda dapat.. You know it !!

Wassalam..
10.15 pm


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Wednesday, September 19, 2012

Kekasih Hati perlu kah??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar wahai warga blog dan juga follower setia Amra??

Ok, Amra kat sini baik-baik saja.. Aha apa kena mengena dengan tajuk Amra tu??

"KEKASIH HATI PERLU KAH??"

Hurm persoalan cepumas tu ! Bagi Amra larh kan.. Kekasih hati tu memang perlu dalam lumrah hidup manusia.. Setiap manusia tidak akan berasa kosong andai adanya kekasih hati..

SIAPA KEKASIH HATI AWAK??

Jawapannya tanya dalam hati dan akal anda sendiri.. Bagi Amra tidak semestinya kekasih hati itu seorang manusia yang masih bernyawa dan berlawanan jantina yang akan menjadi kekasih hati masing-masing.. ALLAH juga merupakan kekasih hati kita.. Hanya dia yang bisa menghidupkan dan mematikan kita semua..

Mengaku dengan tidak mengaku, Amra sendiri juga sudah mempunyai 5 kekasih hati !
Eh ! Ramai tu !

1. ALLAH S.W.T
2. IBU BAPA dan KELUARGA TERCINTA
3. SAUDARA MARA
4. RAKAN_RAKAN SEPERJUAGAN
5. KEKASIH HATI LELAKI (ontheway) hehehe

Its the real truth in my life (betul ke ayat nie ? )

Insya Allah moga berkekalan dengan apa yang dipinta dan dihajati.. Bukan semua yang kita harapkan akan mudah didapati jika tidak ada usaha sendiri.. Jangan nanti "yang dikejar berciciran, yang tinggal terus hilang" (ayat sendiri jangan tiru) ..

Moods: Moga bahagia dengan kekasih hati masing-masing <3 <3 <3

Okay sampai sini sahaja warakah Amra kali ini.. Moga bertemu dalam warakah seterusnya.. Insya Allah..

Wassalam~
12.49 pm



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Sunday, September 9, 2012

Gila Mengumpul Kaaa??

Assalamualaikum semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Alahai baru nak ucap ehhh... Maklum larh Amra sibuk dengan kerja di hari raya ni.. Tak sempat nak mengupdate blog mashyuukkk nih..huiii2..

Hari raya nie pun Amra tak sempat nak ziarah keluarga sedara terdekat.. Huiii2 nasib tak kena marah.. hahaha.. Maaf lah mike nih busy bebeno nak p raya rumah teman.. Almaklum larh xdapat nak cuti lama-lama..

Ok larh kita terus sub topik utama ya..

Apa yang "GILA MENGUMPUL KAAA??"

APOOOO TUU??

Hehehe....

(tekan kebawah lau nak tahu apa dye??)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Laaaaa nih ! Amboi banyak nyer jamm.. Hohoho.. Jangan jeles.. Sekarang nih Amra pengumpul jam setia.. Amek je mana yang nak pakai.. Jam paling mahal Amra beli tu G-SHORK rm30 jerk.. tu pun paling mahal.. Yang lain-lain tu bawah rm19.90-rm 11.90 n rm 10.. ok kann.. Asalkan cantik dipandang dan mudah dipakai..

Macam couple jerk jam nih..Tapi 1 jew yang besi tak de couple lagi.. Hehehe nanti Amra carikan couple awak ehh..Sabo2 yerk tak jumpe lagi mne yang berkenan dihati.. hehehe Yang sebelah G-SHORK tu baru beli tadi.. berkenan lak dengan warna design dia.. Sempat juga hadiahkan adik jam.. Beli 2 pasang jam.. Seronok depa dapat jam.. Sowang kuning n sowang lagi oren.. Tak sempat nak snap pic.. Huhuuhuu..

Ok larh nieh pun ase nak tambah lagi koleksi jam tangan.. gggrrr bior jam tangan jadi koleksi jangan laki lak jadi koleksi.. Tak moa2.. hehehe

Sampai disini warakah Amra..

Wassalam~

9/9/2012
11.00 p.m


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Monday, August 6, 2012

PERKONGSIAN HIDUPKU..

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Ahahahaha...Entri kali ini mungkin melalut sikit.. Apa yang melalut tu?? Ce cerita sikit..

Ok.. Amra akan kongsikan cerita Amra walaupun Amra sendiri tak tahu sempurna atau tidak cerita Amra ni..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun Oktober 1992an, Lan (bapaku) dan Ana (ibuku) telah mendapat anak perempuan yang comel dan kecil seperti anak burung kemerah merahan.. Itulah aku yang di berikan nama yang cukup indah bagi kedua-dua orang tuaku.. 

"NUR HAMRAA' BINTI MOHAMMAD MAZLAND"

Yang membawa maksud cahaya kemerah merahan.. Nama itu dipilih oleh bapaku sendiri.. Setelah aku berusia 3 bulan, ibuku mengandung kembali dan ternyata aku akan mendapat adik tak lama lagi.. wahhh masih bayi lagi memang tak tahu apa-apa..Hahaha.. Sehingga larh adik lelakiku lahir pada pada Oktober 1993,aku baru hendak mencapai usia setahun..

Hidup kami sekeluarga cukup indah walaupun ada juga serba kekurangan.. Opahku belah ibu banyak membantu ibuku menjaga aku dan adik lelaki selepas kelahiran adikku yang ketiga pada Febuari 1995.. Keluarga kami bertambah lagi.. Masa kecil aku dan adik lelakiku memang buas dan nakal.. Ada je kami berdua akan buat sampaikan ibuku mengamuk marah.. Hahaha.. Selepas kena mara opah akan datang memujuk kami berdua.. Rindu dengan pujukan opah..

Pada tahun 2000,lahirlah adikku yang bongsu..Ehh besarnya dia.. Aku masa tu baru darjah 2.. Masih blurr tak tahu apa-apa.. Lihat adik bongsu lagi besar dari budak-budak lain rasa lawak pun ada.. Hehehe.. Sampai larh adikku ini dibawa ke rumah dan dijaga rapi oleh kedua orang tuaku..

Bermula nya dari kehadiran keluarga kami sentiasa diasak dengan pelbagai dugaan.. Masa kami adik beradik memang hidup susah.. Tapi kami bahagia dengan apa yang telah kedua orang tua kami berikan.. Makan apa sahaja yang diberikan oleh mereka tanpa banyak soal.. Tetapi keluarga kami juga sentiasa diasak dengan pelbagai tuduhan,cemuhan,dengki,salah paham,berduka dalam diri dan sebagainya..

Teringat lagi semasa kecil.. Aku dan adikku seronok nak bermain dengan saudara jauh.. Tetapi kami telah dipinggirkan atas sebab tidak puas hati salah seorang sedara terhadap kami.. Sudah berpakaian cantik-cantik di petang hari dan dengan gembira pergi kerumah opah (belah ayah) untuk bermain sama.. Tapi malangnya kami tidak dibenarkan masuk.. Bertapa kecewanya kami masa itu.. Tetapi ibuku pandai memujuk.. "Tidak mengapa.. Mainlah kamu semua dalam rumah ini",jawab ibu kesedihan melihat anak-anaknya.

Selain itu pelbagai herdikan yang dituju kepada keluarga kami.. Kesedihan seorang ibu semakin meruntun apabila diperkatakan anaknya yang lemah,lembik,tak reti membaca dan sebagainya.. Pernah aku juuga kena marah sebab tinggalkan cucu kesayangan opah (belah ayah) sebab nak cepat balik kerumah.. Aku pun menjawab lah "Dia yang main kepadang mainan siapa suruh,orang dah nak kesekolah petang lagi..Takkan nak tunggu dia je.."jerkah ku..

Kesabaran terus menongkah arus sehinggalah kami sudah ke alam remaja dan boleh diharap.. Aku dan adik lelaki banyak berdikari mencari informasi yang berguna dalam arus kehidupan.. Bukan untuk berbangga diri tapi sebagai peringatan yang paling berharga buat aku.. Bila kami adik beradik semua sudah bijak menguruskan segala perlengkapan diri barulah kami adik beradik dipandang oleh mereka.. Kini adikku lelaki berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA.. Sebelum ini mereka langsung tidak memandang kearahnya.. Bila ada pelajaran yang tinggi baru nak pandang.. Huh manusia..

Kini aku pula menjadi kuli atau pembantu mereka jika mereka susah dan tidak tahu untuk mendapatkan bantuan.. Baru sekarang nak meminta bantuan.. Kenapa dahulu sering mengata yang bukan-bukan kepada keluarga kami.. Itu dan ini.. Hurm manusia-manusia sering kali alpa dan lupa apa yang mereka katakan.. Bila kita sengan pandai pula mereka nak menumpang.. Bak kata orang tua-tua dulu katakan.. 

Kadang kala aku juga pening dengan sikap manusia yang lain hanya mahu kesenangan dan tidak tahu erti kesusahan bagaimana untuk mendapat sesuatu yang betul dari usaha mereka sendiri.. Jangan terlalu bongkak bahawa setiap apa yang kita memiliki tidak akan kekal.. Aku juga sering mengingatkan diri bahawa apa yang aku ada sekarang bila-bila sahaja Allah S.W.T. akan ambil kembali.. Dengan itu, sikap merendah diri dalam diri patut ada dalam diri setiap manusia.. Tidak kiralah dia seorang berharta atau tidak..

Sikap yang suka memperkotak katikkan sesama manusia juga seharusnya dijauhkan.. Hal ini akan memberi ruang kepada mereka yang suka ambil peluang untuk menjatuhkan kita.. Walaupu kadangkala kita sendiri tidak perasan, kita hendaklah berjaga-jaga walaupun orang itu adalah saudara sendiri.. Kerana mulut badan binasa..

Berbalik kepada perkongsian hidup iaitu tajuk utama aku, aku sangat bahagia sekarang kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup dalam serba ada dan cukup apa yang ada untuk meneruskan kehidupan.. Aku tidak memandang paras rupa,harta benda,bangsa,agama, dan sebagainya.. Kerana semua orang berhak untuk dapat apa yang mereka inginkan.. Janganlah kita pula hangat hati dengan apa mereka miliki.. Jika anda juga mahu seperti mereka,usahalah sendiri.. Jangan lah pula berdendam,kerana apa yang dia miliki adalah atas usahanya sendiri.. Tak ke gitu??

Kesimpulannya, Amra dah hidup hampir 20 tahun di alam dunia iaitu ciptaan Allah S.W.T.. yang banyak memberi Amra pelbagai erti kesusahan dan kesenangan hidup di dunia ini.. Amra juga sudah berjumpa pelbagai manusia dan sikap yang berbeza.. Nak dikatakan Amra ini seorang yang baik akhlaknya tidak juga.. Amra seorang yang jahil dan masih belajar untuk memahami dunia Allah.. Insya Allah dalam masa terdekat ini Amra akan menyambung semula pembelajaran Amra keperingkat Ijazah.. Mudah-mudahan Amra diberi peluang disana.. AMIN ~

Yang baik itu datang dari Allah S.W.T..
Yang buruk itu datang daripada Amra sendiri..

Andaikata ada perkataan yang menyakitkan hati pembaca, Amra minta maaf.. Amra sekadar berkongsi dan bukan untuk mengaibkan sesiapa sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggalkan kita.. Wallahualam..

Sekian,Wassalam~
6/8/2012
10.51 P.M.


Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Saturday, August 4, 2012

Salah ku kah??

Assalamaulaikum dan Salam Ramadhan semua..

Apa khabar wahai warga Blogger??Semua baik-baik aja kan..

Hurm Amra disini pun baik-baik juga tapi kadangkala sakit sikit..Penyakit berjangkit seprti selesema dan batuk..

Okay tak nak dah melalut..Kita terus kepada tajuk utama Amra..

"SALAH KU KAH??"

Hurm salah ke Amra nak berkawan dengan orang lain?? Rasa nya tiada ketetapan undang-undang yang mengatakan tidak boleh berkwan dengan sesiapa dan memerlukan pengesahan sah untuk berkawan.. Perlu ke Amra nak mention kan nama hamba Allah ni yang Amra sudah sah berkawan rapat dengannya.. Apa salah Amra??

Ya memang dahulu Amra nak cari kerja dan beri penumpuan kepada kerja semata-mata untuk cari wang untuk sambung pelajaran.. Dan dalam masa yang sama ketetapan diri untuk setia bersama awak (ex-bf) tak dapat saya ungkapkan.. Saya tak dapat bertahan dengan perhubungan kita.. 

Masa saya bekerja,awak (ex-bf) sentiasa nak tahu apa saya buat? Berkawan? Suka-suka ? Hurm.. Awak (ex-bf) tolong larh saya ni bukan patung yang boleh ikut semua perintah awak (ex-bf).. Parents saya sendiri pun tak pernah nak halang saya buat perkara yang baik..

Kemudian saya putuskan perhubungan dengan awak (ex-bf) bukan sebab saya pandang pada rupa,harta benda,harga diri dan lain-lain.. Tapi sikap awak (ex-bf) buat saya terasa sedih dan kecewa.. Memang nampak mudah untuk dimaafkan..Tapi sudah berkali-kali awak (ex-bf) mengulang perkara yang sama.. Saya tertekan awak (ex-bf)..

Sekarang saya bebas dari awak (ex-bf) baru saya rasa lega sebentar.. Tapi tak lama kemudian awak (ex-bf) mula mencari akal nak kenakan saya mengata itu dan ini kepada keluarga dan rakan-rakan saya.. Tak mengapa saya maafkan setakat mana saya rasa boleh.. Tapi jika awak (ex-bf) melebihi batasan, saya tidak akan berdiam diri.. Jadi tolong lepaskan saya dengan rela hati..

Salah saya kah dapat mengenali rakan baru yang selalu ambil berat pada saya?? Saya sayang semua orang yang rapat dengan saya.. Akan tetapi hamba Allah ini begitu istimewa bagi saya sampaikan saya sendiri tak tahu dia menaruh perasaan dia sebelum saya bertegur sapa dengannya..Bukan nak bangga diri atau sombong tapi kenyataan.. Dia rela melihat saya dengan awak (ex-bf) dan tahu saya sudah berpunya.. Itu yang awak katakan saya malu bersama dengan awak (ex-bf) ?? Sedih saya bila dengar awak (ex-bf) uar-uarkan dalam status awak (ex-bf) = FACEBOOK

Bila dia dapat tahu saya bergaduh dengan awak (ex-bf) dia jadi sedih.. Saya cakap awak tak perlu sedih sebab saya gaduh dengan bf saya.. Dia diamkan diri.. Itu awak (ex-bf) cakap saya malu bersama awak (ex-bf).. Cuma sebab message yang dia panggil saya "YUNK" awak  (ex-bf) marah.. Saya rasa itu tidak menjadi isu sebab semua orang yang bekerja dengannya dipanggil sebegitu.. Awak (ex-bf) banyak salah paham dengan saya.. Awak masih tidak memahami dengan sikap saya.. Awak juga tak percaya dengan saya.. Awak bercakap saya akan cari pengganti lain.. Ya tu sebagai doa yang awak pintakan..

Sekarang biarlah saya dengan hidup saya sendiri dan saya tak nak awak (ex-bf) ganggu saya lagi.. Saya bertambah sedih dan duka dengan sikap awak (ex-bf).. Bersama dengan hamba Allah ini secara kebetulan.. Si dia banyak membantu saya dalam temapat kerja.. Saya hargai dengan sikap si dia.. Bukan paras rupa,harta, dan lain-lain yang jadi pilihan saya.. Tapi sikap dan erti memahami erti persahabatan dan kasih sayang si dia amat saya hargai.. 

Saya mengetahui si dia menyukai saya dari mulut orang lain.. Si dia tidak berani mengatakan apa-apa.. Masa ni saya masih lagi bersama dengan awak (ex-bf).. Saya tekejut sebab masih ada lagi hamba lain menyukai saya dalam diam walaupun dia sudah tahu saya sudah berpunya.. Selepas saya tahu dia menyukai saya, saya mula jauhkan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa.. Kemudian rakan sekerja dapa menghidu perasaan si dia mula mengusik saya termasuk si dia... Saya hanya diamkan diri..

Selepas putus dengan awak (ex-bf) saya hanya beri penumpuan pada kerja.. Si dia sering kali membantu saya bila saya tidak tahu.. Dan bermula dari situ saya mula mengenal erti persahabatan dengannya.. Dia jenis tidak kesah dengan siapa saya berkawan dan buat apa.. Saya sengan dengan sikapnya.. Si dia juga banyak mengingatkan saya supaya menunaikan solat sepanjang waktu bekerja.. Apa yang saya lihat apabila masuk waktu solat, si dia akan meminta kebenaran untuk menunaikan solat.. Senang dengan sikap si dia..

Tak semestinya saya rapat dengan yang lain saya telah lupakan yang lama.. Perkara yang sudah buatkan saya sebagai pengajaran yang berguna.. Berhati-hati dalam semua perhubungan amat penting sebelum menjadi padah.. Perkara yang sudah jika boleh saya tidak mahu ulangi lagi..Cukup larh sampai disitu.. Insya Allah saya akan cuba perbaiki diri dan cuba untuk memahami si dia.. Nak dikatakan terlalu rapat tidak juga sebab hanya berjumpa di tempat kerja sahaja.. DATTING?? Oh yang tu tidak pernah lagi.. Kalau boleh tidak perlu lah nanti jadi mulut orang mengata bukan-bukan..

Saya harap dengan saya mengenali si dia, si dia juga akan memahami saya.. Tidak perlu berdatting segala.. Cukup sekadar memahami saya.. Saya suka orang yang jenis berterus terang seperti si dia.. Terima kasih ya untuk si dia.. Nak dikatakan ada kenangan itu tak ada sebab tak pernah keluar berdua.. Kami suka keluar beramai-ramai berbanding berdua.. Elakkan dari pandangan serong orang lain ya.. 

Kepada awak (ex-bf) saya harap awak tetap teruskan kehidupan awak tanpa saya.. Tidak perlu harapkan apa-apa dari saya kerana saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan hidup di dunia ini.. Insya Allah jika panjang umur kita berjumpa.. Dan diharapkan awak (ex-bf) ubah sikap dan personaliti diri awak (ex-bf).. Saya tahu saya juga banyak salah laku dekat awak.. Maafkan saya.. Saya jadi begitu ada sebab tersendiri. Bukan untuk saja..

Sekian sahaja dari Amra dan nukilan ini tidak ada kena mengena untuk mengaibkan sesiapa..Sekadar perkongsian dalam hidup saya selam hari ini.. Kepiluan hati sehingga hari ini masih terasa.. Wallahualam..

Wassalam~
1.10 pm
5.8.2012



Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Wednesday, June 27, 2012

MY NEW HOBBIES !

Assalamualaikum semua...

Alahai lama dah Amra tak update blog nie..Al-maklum la busy bebeno dengan kerja yang memang tak tentu masa..Kadang-kadang cuti kerja kena datang kerja sebab tak cukup staf..Tak pe dapat juga duit masuk..hohoho

Oh ya..Mengenai tajuk kat atas.. 
"MY NEW HOBBIES"
Apa menatang tu??

Begini ceritanya..Amra sebenarnya dah lama berniat kat hati nak bela ikan..Oh ikan.. (macam2 r ko nie)
22 Jun 2012 hahaha Amra beli seekor ikan laga yang cun..dengan balang dia sekali..hehehe.. Beli ikan nie time Amra ngah break 2 jam lebih.. Merayap sorang-sorang ke BILION jap cari balang ikan..AHAAAA
Jumpe ! Eh RM 15.90 jew..Boleh larh..Nak beli balang paling besoo takut tak cukup duit pula..Hurm.. Jadi larh..

Destinasi seterusnya..Pergi kedai ikan sebaris PUBLIC BANK..Tapi sebelah kedai emas macam tu larh kedainya..Masuk jew kedai ikan..Adoiiiii banyak nya ikan..Lama juga Amra lam kedai ikan tu cuci mata jap..Wahhhh comey gilerrrrrr ikan ! GERAM !

Ehhh ikan laga atau dikenali sebagai ikan pelaga..Ikan laga nie merupakan ikan hiasan..Ikan laga ni yang membuatkan menarik perhatian apabila dia mengembangkan ekor dan warna pada badannya..Cantik lagi kalau dapat ikan laga yang kembang ekornya..Tapi mahal sangat larh..Sampai mencapai RM30 lebih..Tak mampu ehh..




Haaa nie dia balang ngan ikan laga baru Amra..Comel tak?? Berkenan dengan warna merah putih nie..Jenuh juga masa Amra nak beli ikan nie..Banyak sangat warna merah semua n biru..Tapi yang ni menarik perhatian Amra..Nanti kalau boleh nak cari ikan laga lagi.. Yang len dari yang lain.. Ahad nie nak ekot ayah larh g MEMORY LANE atau LOOKIN .. Kat situ banyak jual ikan laga.. ggrrr gile larh aku !

Amra bela ikan ni berdasarkan pada minat dan mengisi masa lapang Amra..N ikan nie tahan lasak..Tak perlu gune oksigen sepanjang masa..Malangnya ikan laga nie dapat hidup dalam 1 tahun ke 2 tahun sahaja..Alahai sayangnya..Tak pew larh Amra akan cube jaga ikan nie baik-baik..

Ok larh sampai sini sahaja..Hehehe.. Time balik masuk kje ade orang mara bab Amra tibe-tibe hilangkan diri..Buat bodoh sudah..Sayang jugak ko kat aku..Hohoho..pape pown thanx ehh..k chowwww dulu..

SALAM ^^
Rumah ku :)
12.57 PM   

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Tuesday, May 22, 2012

Tentang Perasaan !

Assalamualaikum

Perasaan yang melanda dalam diri setiap manusia adalah berbeza atau sama?? Persoalannya anda boleh bertanya pada diri sendiri..

Perasaan terbahagi banyak kategori iaitu gembira,sedih,marah,benci dan sebagainya.. Tanya diri anda sekarang?? Perasaan gembira? Sedih? Kecewa? Bangga?

Oh sudah pasti ada jawapanya.. Kali ni Amra nak menceritakan perasaan Amra semasa gembira, sedih, kecewa dan lain-lain.. Mari ikuti cerita Amra di bawah..


  1.PERASAAN GEMBIRA 
           Perasaan betul-betul gembira masa Amra luangkan masa dengan keluarga Amra sendiri.. Memang seronok sembang-sembang dengan keluarga ditambah lagi dengan persiapan snek untuk hidangan lepak kami.. Gelak tawa usah dikata.. Memang tidak kering gusi dan ada saja bahan untuk dijadikan uji kaji.. Terutamanya ibu Amra..Dulu ibu Amra nie garang tau..Tapi sekarang dah berubah..Semua yang garang tu dah berubah jadi kelakar..

 2.PERASAAN SEDIH

               Perasaan betul-betul sedih bila Amra kena marah dengan arwah tok Amra..Amra ingat lagi dengan kata-kata arwah..Hurm selain tu ada lagi kena marah dengan cikgu dalam kelas..Tak pernah Amra kena marah teruk dengan mana-mana cikgu..Perkara ni berlaku pada tahun lepas..Hal ni jadi pun sebab Amra salah buat kerja rumah dia..Entah macam mana dia mengamuk dan renyuk kertas jawapan Amra hantar..Tiba-tiba dia cakap kat depan-depan kelas yang Amra sombong,belagak pandai..Hurm apa merapu semuanya..Sebabkan terima jawatan tinggi tu yang buat dia marah..Hurm manusia mudah dengki dengan apa yang kita ada..Malu,sedih,kecewa dan sebagainya ada dalam diri Amra..Lama juga Amra bangkitkan semula semnagat Amra..Amra banyak mengadu pada kawan baik Amra dan ibu Amra.. Nasib badan..

 3.PERASAAN MARAH
     
             Opss marah dekat siapa ya?? Hurm..Sebenarnya perasaan marah Amra bila-bila boleh ada...So,kepada sesiapa yang tak paham dengan peragai Amra jangan larh suka-suka hati cakap bukan-bukan ya..Nanti Amra marah dengan naik tangan sekali..Oppsss sorry ya guys..Hahaha memang puas hati kalau dapat empuk orang yang kita marah.. Weeeeeeeeee..Best !

 4.PERASAAN BENCI

             Amra cukup benci dengan orang yang suka paksa buat benda bukan-bukan..Please larh..Orang yang suka paksa-paksa ni orang yang malas bagi Amra..Dia macam tak berdikari nak buat perkara yang kecil dan remeh..Oh my pleasure ! Hurm,silap-silap orang yang suka paksa-paksa nie Amra melenting n marah,maki-maki hahaha.. Sorry yeah..

 5.PERASAAN BANGGA    

             Perasaan ni muncul bila Amra  dapat tau adik Amra berjaya melanjutkan pelajaran ke UIAM..Walaupun Amra tak dapat nak melanjutkan pelajaran sama macam dia,janji dia lepas ke sana..Amra Insya Allah akan ke sana kalau ada rezeki..AMIN..


Ok larh sebenarnya banyak lagi perasaan Amra tapi takkan semua nak luahkan..Aduh jenuh Amra nanti..Hurm.. Sampai sini sahaja waraakah Amra kali ini..Jumpa lagi warakah yang lain..  

Wassalam, KFC SILIBIN
7.05 PM          

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Saturday, May 12, 2012

Ulek Mayang !

Assalamualaikum..

Okay berkaitan dengan tajuk di atas iaitu Ulek Mayang..Apa sebenarnya Ulek Mayang itu ya?? Biar Amra jelaskan dari mana asal usul Ulek Mayang ni..

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian..

Tarian Ulek Mayang

Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu Ulek Mayang ini merupakan Tarian Puteri sedang membuat pemujaan bertujuan untuk berubat..Lagu yang dipersembahkan juga berkaitan dengan puteri tersebut..Seram dengan tidak seram tepulang dengan semangat diri seseorang..

Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Nota: Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat.

Percaya atau tidak dengan Ulek Mayang tu terpulang kepada diri masing-masing..Walau bagaimanapun Tarian Ulek Mayang ini masih diamalkan sehingga kini bertujuan untuk berubat..Teringin juga Amra nak lihat sendiri Tarian Ulek Mayang ini..

Amra sendiri pernah buat persembahan Ulek Mayang masa zaman sekolah..Amra jadi watak utama memainkan watak puteri..Apa yang membimbangkan masa Amra membuat persembahan diatas pentas,Amra hampir-hampir terjatuh dari pentas yang tinggi..Semua penonton jadi kaget dan Amra dalam keadaan separuh sedar..Bila lagu tersebut berhenti dimainkan baru Amra sedar yang Amra berdiri betul-betul hujung pentas..Terkejut juga dan cepat undur ke belakang..Percaya atau tidak terpulang kepada diri masing-masing..Tapi apa yang pasti Amra suka dengan lirik Ulek Mayang ni..Sedap didengar tapi masih banyak perkara yang tersirat dalam lirik tersebut..

Sekian saja nukilan Amra untuk kali ini..Moga kita bertemu dalam nukilan seterusnya yang sememangnya berkaitan tentang kehidupan Amra..Salam sejahtera..

Wassalam~TENGKU HUSSEIN IPOH
11.57 A.M

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Friday, May 11, 2012

Sayang siapa ya??

Assalamualaikum..

Bersama rakan sekerja

Hai-hai semua..Lama juga Amra tak update blog nie..Okay berkaitan dengan tajuk Amra "SAYANG SIAPA YA??"

Okay mengikut firasat Amra..Perasaan sayang nie banyak berkaitan dengan Tuhan,Manusia,Persekitaran Alam dan sebagainya..

  1. SAYANG AKAN TUHAN
         Aha..Berkaitan dengan perasaan sayang akan Tuhan ni paling bermakna dalam kehidupan setiap manusia..Walaupun masih ramai lagi yang masih tidak tahu tentang kewujudan Tuhan yang Agung dan Bijak sana, Tuhan tetap memberi segala keperluan yang diperlukan oleh manusia..Mungkin kita tidak nampak apa yang Tuhan beri kepada kita,tetapi hakikat nya Tuhan tetap ada membantu kita dalam apa jua keadaan sama ada cepat atau lambat..

              *Amra:Saya sudah pasti sayangkan Tuhan,walaupun saya banyak buat salah pada nya, saya tetap fikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara..Dulu Amra seorang jahil juga,tapi sekarang Amra dah insaf..Hehehe..  ^^


    2.  SAYANG AKAN MANUSIA

              Yang nie Amra tau dah mesti ramai pasangan hidup yang sedang hangat bercinta..Alahai seronok nya mereka nie..Hari-hari rasa nak jumpa aja..Sehari tak jumpa rindu..Hohoho..Sayang akan manusia membawa maksud tentang perasaan kasih sayang yang timbul secara semulajadi dalam diri manusia..Tidak kira lelaki mahupun perempuan..Sama saja..Tapi ingat sayang-sayang juga tapi jangan melebihi had yang tidak sah untuk dituntut pada mereka belum berkahwin ya.. hehehe.. Jangan terasa apa Amra tulis ni ya..

            *Amra sekarang nie dah single..Tentang perasaan sayang kat seseorang lelaki tu belum wujud lagi dalam diri Amra..Takut juga lau nak sayang kat lelaki yang kita baru kenal dan tiba-tiba putus di tengah jalan..Hurm..Cukup sampai di situ saja ya.. Hehehe

    3.  SAYANG AKAN ALAM SEKITAR

             Sayang pokok !!..Hehehe.. Sayang alam sekitar ni lagi baik kan dari sayang sesama manusia yang baru kita kenal..Alam sekitar yang Allah S.W.T bina untuk  hambanya amat Amra kagumi..Kalau Amra ada keluar jalan-jalan dengan menaiki kereta ,Amra suka pandang luar tingkap kereta..Melihat kebesaran Tuhan.. Masya Allah..Memang tak terungkap kata nak kata aneh atau segalanya..Hanya mengucap perkataan cantik dan sebagainya..


           *Amra suka rumah yang banyak pokok hijau-hijau..Aman dimata Amra kalau tengok pemandangan hijau kawasan rumah..Tenang dan nyaman macam mahu tidur pun ada..Hahaha  ^^


Okay larh..Setakat ini saja Amra punya warakah..Semoga kita bertemu dalam warakah seterusnya..Dan moga anda menyukai warakah Amra kali ini..Salam sejahtera buat semua pembaca..

Wassalam~ KFC SILIBIN IPOH
5.15 P.M

Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^

Wednesday, May 2, 2012

Open Table !

Assalamualaikum..

Haaa..Lama tak mengupdate blog Amra ni..Almaklum larh bz dengan kerja..Oke kali nie Amra nak kongsi dengan anda semua..Apa kena mengena OPEN TABLE tu??

Oke kalau nak tahu lebih lanjut kena larh ikuti cerita Amra di bawah nie ya..

Minggu lepas iaitu 27/4/2012, hari Jumaat yang mulia.. Tempat kerja Amra ada orang atasan datang cek untuk beri markah restoran kami..Hurm malangnya markah yang diberi tidak memuaskan kami.. Sikit punya frust manager restoran kami..

Sebab sebelum ni markah yang diberi lebih baik daripada kali ni..Memang mereng la jadinya manager restoran Amra..Sikit punya muram dia..CMS pun drop..Dapat lak CER pun drop..Masya Allah memang menguji diri betul larh..Punya la dia luah kat staf-staf..Sedih lak tengok dia macam tu..Sian..

Tapi kami sendiri pun letih stanby CER ni masuk kat restoran kami..Memang prosedure habis kami buat kerja..Selama 1 minggu lebih kami stanby..Penat tak penat tu dah memang usah ditanya la..Balik rumah terus tidur..Dengan layanan costomer macam-macam perangai lagi..Penat tu..Hurm saboo jew larh..

Dalam minggu tu time table Amra semua sif pagi tak ada syif malam..Huh nasib baik semua pagi tak terasa sangat..Cuma letih bila terlalu ikut prosedure..Tup...tup..Mr.Dinesh,orang CER(atasan) datang.. OMG semua kelam kabut dibuatnya..Time dia datang tu memang kami semua tengah bz dengan costomer..Order costomer usah cakap larh banyak yang order besar-besar..Sampai saya sendiri dah tak larat nak layan..Nasib baik hari tu banyak staf syif pagi..Ringan sikit..

Petang yang mendung nak dibalas kepenatan kami,dua orang manager kami ajak makan besar..Hahaha..tu larh dikatakan OPEN TABLE, kata manager restoran kami..Amra masa tu belum habis kerja lagi dah diajaknya ikut mereka makan..Alahai dah ada orang ajak ikut jew larh..

Destinasi utama kami yang paling berbaloi,hehehe.. Restoran Kelapa,dalam Kampung Manjoi Ipoh aja..Memang puas hati dengan hidangan mereka..Minuman mereka paling special..Besar-besar gelas yang dibaginya..Dan harga pun berbaloi memang puas hati..

Okey larh lepas puas makan semua benda,pesan terakhir beli mutabak untuk staf-staf lain syif malam..N TomYam untuk sorang staf kempunan..Hahaha..Okey papai..Sini aje cerita Amra..Jumpe lagi..

Wasalam~
12.44 P.M

Mari ikuti paparan gambar dibawah,

Abang Hadi pening pale ekk??

Amra dan Wahida  :)

Akak Tika dan Amra  :)

Senyum !

Fitrah,Abang Nathan dan Abang Shahrul

Safwan dan Hayat

Dua orang manager kami..Mdm Linda dan Miss Wong


Buat pilihan menu  :)

Nyum22 sedapnyer !

Semua muka kelaparan

Menanti nak melantak !

Menu Amra..Simple jew..Nasi Goreng Seafood     










                                                 





Suka dengan cerita saya..Marilah kongsi..Sharing is caring ^^